Kegilaan peminat bola sepak Malaysia kepada EPL bukan rahsia lagi. Selain daripada menzahirkan sokongan kepada pasukan yang disokong, para peminat juga menggunakan pelbagai cara lain untuk mendekatkan lagi mereka dengan liga.
Salah satu daripadanya adalah dengan melibatkan diri dalam permainan Fantasi Liga Perdana (FPL). Permainan atas talian yang sangat mudah dan menyeronokkan. Di mana para pengurus fantasi menyusun strategi setiap minggu untuk mendapatkan mata optimum.
Ianya boleh dimainkan menerusi komputer ataupun gadget yang lain.
Pelbagai pertandingan diadakan oleh komuniti memuatkan permainan ini lebih menarik. Publisiti permainan ini dikuatkan lagi dengan konten perbincangan serta analisis di televisyen dibekalkan dalam pakej EPL.
Dalam satu data, yang dikeluarkan oleh FPL Diary, pada musim 2018/19, peminat FPL Malaysia telah menyumbang kepada ranking ke-3 tertinggi selepas England – negara asal EPL – dan Mesir.
England berjaya mencatatkan penyertaan sebanyak 1.7 juta. Manakala Mesir di tangga kedua dengan 521 ribu penyertaan.
Malaysia berada di tangga ke-3 dengan penyertaan sekitar sebanyak 345 ribu. AS (Amerika Syarikat) di tangga ke-4 dengan 231 ribu.
Negara jiran Malaysia yang memiliki jumlah penduduk yang jauh lebih ramai, Indonesia di tangga ke-5 dengan 230 ribu penyertaan.
5 lagi negara dalam senarai 10 penyertaan tertinggi adalah:
6. Ireland: 227 ribu
7. India: 225 ribu
8. Norway: 167 ribu
9. Australia: 146 ribu
10. South Africa: 144 ribu
Dan bagi peminat Fantasy Premier League, Musim baharu pasti akan menjadikan saingan lebih menarik. Sudahkah anda menyusun draf pasukan?