Foto ‘Mini Love’ Ini Diharap Bawa Arus Perubahan Harimau Malaya Umpama ‘Gelombang’ K-pop

Mini love Harimau Malaya K-pop 2022

Melihat foto ‘mini love’ tersebut, mungkin ada yang melihatnya dari sudut humor, namun kita mengharapkan bagaimana gelombang K-pop menjadi fenomena, begitu jugalah diharapkan daripada aksi Harimau Malaya.

Barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang diketuai Kim Pan-gon tampil dengan imej ‘mini love’ itu selepas selesai sidang media memperkenalkan mereka kepada pihak media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang tadi. Isyarat tangan ‘mini love’ tersebut sangat sinonim dan telah dipopularkan di Korea Selatan.

Ini Profil Lengkap Barisan Kejurulatihan Harimau Malaya Yang Baharu

Korea Selatan pula sinonim dengan K-pop, jadi, sebagaimana ‘budaya’ K-pop menjadi fenomena di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, kita juga mengharapkan serpihan aura itu akan turut dibawa untuk berikan perubahan kepada skuad kebangsaan. Bukan hanya impak sementara, seboleh-bolehnya biarlah ia terpahat di ingatan kita.

Misi pertama memahat sesuatu di ingatan kita sebagai penyokong adalah dengan membawa skuad Harimau Malaya ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara.

Gelombang K-pop yang melanda seluruh dunia bukanlah terbina dalam masa yang singkat. Menurut artikel Vox, K-Wave atau Gelombang Korea ini telah bermula lebih dua dekad yang lalu, namun ia mula meningkat secara drastik dalam lima hingga sepuluh tahun kebelakangan ini, terima kasih kepada artis berkumpulan Korea.

Jika K-pop mula mendapat perhatian dunia disebabkan elemen kombinasi melodi yang memberikan ‘ketagihan’, koreografi yang menarik serta nilai produksi yang tinggi, diharapkan elemen kombinasi Korea Selatan, Sepanyol, Turki dan Malaysia nanti juga boleh memberikan penyokong Harimau Malaya ‘ketagihan’ aksi skuad negara.

Harapnya ini bukan membuat kita hanya hidup dalam mimpi, tetapi kita akan mampu bermimpi dalam hidup.

Arus perubahan juga sudah mula dilihat dibawa oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan di rantau Asia Tenggara antaranya menerusi sentuhan Park Hang-seo bersama Vietnam dan terkini, Shin Tae-yong bersama Indonesia.

‘Ekor’ Harimau Malaya akan dapat menyaksikan secara dekat apa impak yang mampu dihadirkan oleh barisan kejurulatihan baharu ini apabila Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah pusingan kelayakan Piala Asia 2023.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan bahawa semua perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’. Selain Malaysia, lima lagi negara yang terpilih sebagai tuan rumah adalah India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia dan Uzbekistan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN