Rumusan Forum Jurulatih Kelab Elit UEFA: Sir Alex Ferguson Mahu Masa Tambahan Dimansuhkan

Bola sepak sering berevolusi seiring perubahan zaman.

Dan untuk bola sepak moden, jelas sekali badan bola sepak Eropah iaitu UEFA sering kali menjadi peneraju kepada perubahan sukan bola sepak.

Dari pengenalan pembantu pengadil di tepi gol hinggalah kepada pengenalan format 4 pasukan terbaik di 4 liga utama akan mendapat tempat automatik ke UEFA Champions League.

Baru-baru ini, sebuah forum yang diberi nama UEFA Elite Club Coaches Forum telah diadakan di Nyon, Switzerland.

Forum yang diadakan sejak 1999 ini merupakan sesi forum yang diadakan secara santai untuk para pengurus dan jurulatih kelab di Eropah untuk berbincang dan bertukar-tukar idea sesama mereka.

Siapa yang terlibat dengan forum ini?

Sebelum edisi 2013, mana-mana jurulatih dan pengurus kelab Eropah boleh hadir ke forum ini.

Namun sejak 2013, hanya pengurus yang telah menyertai lebih dari 100 perlawanan UEFA Champions League sahaja dibenarkan hadir.

Selain dari itu, pengurus yang membawa pasukannya bermula dari pusingan 16 pasukan terakhir hingga perlawanan akhir bagi kejohanan UEFA Champions League dan Europa League juga dijemput.

Forum tahun ini dipengerusikan oleh duta kejurulatihan UEFA, Sir Alex Ferguson dan di bawah ini merupakan nama jurulatih dan pengurus yang terlibat:

  • Carlo Ancelotti (Bayern Munich)
  • Mircea Lucescu (Zenit St.Petersburg)
  • Rafael Benitez (Newcastle United)
  • Jose Mourinho (Manchester United)
  • Arsene Wenger (Arsenal)
  • Unai Emery (Paris Saint-Germain)
  • Luis Enrique (Barcelona)
  • Dieter Hecking (Wolfsburg)
  • Zidenine Zidane (Real Madrid)
  • Rui Vitoria (Benfica)
  • Massimiliano Allegri (AC Milan)
  • Hein Vanhaezebrouck (KAA Gent)
  • Sergey Rebrov (Dynamo Kiev)

Untuk forum 2016 kali ini, terdapat pelbagai perkara yang dibincangkan. Antaranya:

  • prestasi pasukan ketika Piala Eropah 2016
  • corak taktikal pasukan ketika UEFA Champions League dan Europa League
  • peraturan gol di tempat lawan
  • bilangan pertukaran yang boleh dilakukan oleh satu-satu pasukan.

Namun yang paling mencuri tumpuan adalah topik ‘masa depan sepakan penalti dan masa tambahan’, dan Sir Alex Ferguson jelas kurang setuju dengan perlaksanaan masa tambahan ketika ini.

Pemain lebih suka “berjalan”

Ferguson jelas bukan peminat masa tambahan.

Beliau berkata demikian kerana pada tempoh 30 minit masa tambahan pemain lebih banyak ‘berjalan’ kerana keletihan.

Tambahan pula, masa tambahan jarang sekali menghasilkan pemenang menurut Ferguson.

Kenyataan Ferguson juga disokong oleh ketua pegawai teknikal UEFA, Ioan Lupescu (gambar bawah).

1174-zoom

“Sesetengah daripada jurulatih dan pengurus akan berkata lebih baik terus ke sepakan penalti.”

“Sesetengah daripada mereka juga katakan masa tambahan akan memberi kelebihan untuk pasukan kerdil bertahan.”

“Tetapi satu perkara yang jelas disini adalah pemain mengharungi perlawanan yang terlalu banyak dan ini mendorong kepada keletihan pemain.”

“Jadi kami mula berfikir masih relevan atau tidak masa tambahan ini digunakan.”

Ferguson mahu ‘melindungi’ bola sepak

Bagi bekas jurulatih Manchester United ini, beliau mahu ‘melindungi’ nilai dan kredibiliti permainan bola sepak itu sendiri.

“Apabila saya melihat pemain keletihan dan kena pula bermain masa tambahan, saya selalu rasakan perlawanan itu akan pergi ke sepakan penalti.”

“Jika kita lihat pada perlawanan akhir UEFA Champions League yang lalu (Real Madrid vs Atletico Madrid), pemain rata-ratanya keletihan dan hanya ‘berjalan’ sahaja.”

“Jadi bagaimana kita mahu tingkatkan mutu permainan?”

Kejohanan kelab-kelab utama Amerika Selatan iaitu Copa Libertadores tidak menggunakan peraturan masa tambahan.

1469676426-000dn23e

Sebaliknya jika seri selepas 90 minit, perlawanan akan terus ke sepakan penalti.

Rumusan forum

Jurulatih dan pengurus yang hadir ke forum tersebut juga diberikan ringkasan taktikal yang dipakai ketika Piala Eropah 2016, antara butir-butirnya adalah:

  • Hanya 31% perlawanan dimenangi oleh pasukan yang mempunyai penguasaan bola lebih dari lawan mereka.
  • 11 dari 15 perlawanan pusingan kalah mati dimenangi oleh pasukan yang mempunyai lebih kurang penguasaan bola berbanding lawan mereka.
  • 30% gol terhasil dari situasi bola mati.
  • 18% gol dijaringkan oleh pemain gantian.
  • 42% gol yang dihasilkan dari pemainan terbuka adalah menerusi hantaran lintang dan pullbacks.

Baca juga: UEFA Super League Adalah Liga Untuk Duit, Pilih Kasih Kepada Kelab Besar?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN