Thailand merupakan kuasa bola sepak Asia Tenggara yang kini sedang mengetuk pintu untuk menjadi kuasa besar Asia.
Baru-baru ini, Thailand bakal mengubah struktur liga bola sepak untuk membolehkan lebih banyak pasukan bertanding!
132 pasukan, 5 divisyen
Menurut Arena Harimau Malaysia, piramid bola sepak Thailand bakal berubah dengan kehadiran sebuah divisyen baharu bermula pada musim 2017.
Divisyen tersebut dikenali sebagai League Championship yang bakal menjadi divisyen 3 di Thailand.
Sementara divisyen 3 sekarang yang dikenali sebagai AIS D2 League bakal diturunkan pangkat menjadi liga divisyen ke-4.
Selepas itu, liga divisyen 5 pula diperkenalkan dengan dikenali sebagai League 3.
Setakat artikel ini ditulis, 132 pasukan bakal menyertai Liga Thailand merentasi 4 divisyen teratas adalah 132 pasukan dan jumlah untuk pasukan divisyen 5 belum lagi ditentukan.
Berikut adalah struktur penuh Liga Thailand yang baharu bermula pada musim 2017:
- Thai Premier League (divisyen 1) – 18 pasukan
- Yamaha D1 League (divisyen 2) – 18 pasukan
- League Championship (divisyen 3) – 32 pasukan dengan dibahagikan kepada 2 zon
- D2 Regional (divisyen 4) – 64 pasukan dengan dibahagikan kepada 4 zon
- League 3 (divisyen 5) – 8 zon dengan jumlah pasukan masih belum ditentukan
Tujuan piramid bola sepak Thailand diubah adalah untuk memperkasakan lagi liga mereka yang seterusnya bakal memberi manfaat yang besar kepada skuad kebangsaan mereka.
Suatu langkah yang baik dalam memperkasa bola sepak mereka. Mungkin kita juga boleh ikut corak mereka?
Baca juga: Setiausaha Agung AFC: “TMJ Individu Penuh Optimis, Mampu Ubah Bola Sepak Malaysia”