Footgolf: Malaysia Makin Hampir Cipta Gelaran ‘Raja Asia’

Pasukan Footgolf Malaysia kini dilihat semakin menghampiri sasaran mereka untuk menakluki Asia selepas skuad tersebut berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Piala Asia 2024.

Kejutan itu dilakar selepas Malaysia tampil cemerlang pada semua kategori telah dipertandingkan untuk muncul di pentas akhir pada saingan kali ini.

Untuk aksi final, mereka dilaporkan bakal menghadapi cabaran daripada Jepun yang juga merupakan jaguh kejohanan footgolf di pentas Asia pada hari Jumaat ini.

“Impian pasukan footgolf Malaysia menjadi kuasa baru di peringkat benua Asia mungkin menjadi kenyataan apabila pasukan negara berjaya mencipta kejutan selepas melangkah ke pentas akhir bagi semua kategori yang dipertandingkan.

“Malaysia muncul selaku juara kumpulan dalam pertandingan yang menggunakan format round robin dalam dua kategori iaitu Mens Open dan Mens Senior, manakala bagi kategori Women, pasukan tuan rumah muncul selaku naib juara.

“Menariknya, dalam aksi final yang akan berlangsung pada Jumaat, 27 September ini di The Els Club Desaru, kesemua kategori ini akan menyaksikan pertembungan di antara Malaysia dan jaguh benua Asia, Jepun.

“Pertandingan Footgolf Piala Asia yang dibawakan oleh microLEAP ini terbuka kepada semua peminat dan penyokong untuk memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia,” jelas kenyataan diberikan kepada kami.

Rekod sebelum ini bagi kategori lelaki terbuka menyaksikan Malaysia meraih semua kemenangan dalam empat perlawanan dihadapi.

Ini termasuklah siri kemenangan besar 5-2 mereka ke atas Jepun, selain menewaskan Korea Selatan, Australia, serta China.

Bagi kategori lelaki senior pula kejayaan serupa juga dilakar dengan Malaysia meraih tiga kemenangan berturut-turut, termasuk mengetepikan cabaran Jepun menerusi keputusan 4-2.

Untuk kategori wanita, mereka hanya meraih satu kekalahan sahaja ketika berdepan Jepun menerusi keputusan 1-2, serta mencipta dua kemenangan ke atas Korea Selatan dan Australia.

Terdahulu, skuad footgolf Malaysia turut mempertaruhkan pengacara sukan terkenal negara iaitu Hanif Miswan selaku salah satu tonggak mereka pada kejohanan tersebut.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan supaya Malaysia mampu menakluki Asia pada kejohanan ini sekali gus membuka mata lebih ramai peminat sukan untuk menceburi bidang footgolf sehingga nama negara kita terus gah di mata dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN