Footgolf: Malaysia Kedua Terbaik Di Pentas Piala Asia 2024

Hasrat untuk pasukan footgolf Malaysia meraih gelaran ‘Raja Asia’ dalam kejohanan Piala Asia 2024 tidak kesampaian, apabila mereka terpaksa akur kepada jaguh utama iaitu Jepun hari ini.

Terdahulu, aksi akhir tersebut telah pun berlangsung di The Els Club, Desaru hari ini dengan membabitkan pertemuan antara Malaysia dan Jepun.

Pada hari saingan tersebut, Malaysia telah pun beraksi dalam kategori berpasukan telah dipertandingkan dengan menyaksikan Jepun memenangi dua daripada tiga kategori dipertandingkan.

Untuk kategori Mens Open menyaksikan pertarungan hebat membabitkan kedua pasukan, apabila masing-masing tampil terikat 3-3 selepas tamat kesemua perlawanan yang dipertandingkan.

Namun, pengalaman pasukan Jepun membezakan segalanya apabila pemain harapan mereka, Takuya Kumakura dengan tenang menyempurnakan sepakan terakhir untuk menewaskan Malaysia di playoff lubang 18.

Untuk kategori Mens Senior pula, Jepun tampil selaku juara baru benua Asia apabila mereka berjaya membalas dendam akan kekalahan lalu di peringkat kumpulan selepas tampil dengan kemenangan kategori Single dan FourBalls, sekaligus menang dengan keputusan 2-1.

Walau bagaimanapun, Kekecewaan skuad Footgolf Malaysia terubat apabila skuad footgolf Wanita berjaya menundukkan juara dunia 2023 dari Jepun, selepas mengikat mereka dalam keputusan penuh 1-1 untuk membawa permainan ke playoff.

Skuad yang dibarisi oleh pemain bolasepak kebangsaan, Steffi Siddhu , Fatin Shahida dan Nisa Alina berjaya mengungguli perlawanan playoff dengan kemenangan bersih 2-0.

Secara keseluruhan, Malaysia tampil dengan status naib juara bagi dua kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki serta Lelaki Senior.

Hanya satu kejuaraan berjaya dilakar mereka untuk saingan Piala Asia ini menerusi kategori Wanita untuk mengatasi Jepun serta Korea Selatan meraih kedudukan ketiga.

Bagi kejohanan ini, Malaysia turut mempertaruhkan beberapa nama pemain berpengalaman termasuk Hanif Miswan yang merupakan pengacara sukan terkenal.

Selain kejohanan Piala Asia, sebenarnya Malaysia telah pun mengharungi beberapa lagi aksi bertaraf antarabangsa di luar negara.

Melihat kepada perkembangan positif skuad Malaysia kini, besar harapan kami di Semuanya BOLA untuk melihat sukan ini terus dikembangkan lag, sekali gus melahirkan lebih ramai pelapis baharu pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN