Football Republic Lancar Jersi ‘Home’ Man Utd 2019/20

Football Republic, pengedar barangan dan pakaian sukan ternama negara pada hari ini melancarkan jersi ‘Home’ kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United untuk musim 2019/20.

Pelancaran tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di cawangan Football Republic, yang bertempat di Sunway Pyramid.

Antara jemputan yang menghadiri majlis pelancaran ini ialah Presiden Red Army Malaysia (RAM), Datuk Rosthman Ibrahim dan beberapa ahli berdaftar kelab penyokong rasmi Manchester United di Malaysia itu.

Untuk memeriahkan majlis ialah selebriti terkenal tanah air negara, Fizo Omar dan legenda bola sepak negara dan Selangor, Shahril Arsat – dua nama yang amat sinonim sebagai penyokong Manchester United di negara ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan aksi timbang bola dari Raja Freestyler negara, selain daripada kehadiran skuad futsal kebangsaan Melaka United yang turut mengambil bahagian dalam cabaran yang diadakan khas untuk pengunjung yang hadir.

Dua penyokong Manchester United bertuah turut memenangi baucar belian bernilai RM100 masing-masing dari Football Republic. Kedua-dua pemenang tersebut ialah Muhammad Salman Farruz dari Subang Jaya dan juga Amir Rudin dari Rawang, Selangor.

Jersi Home Manchester United pada musim ini direka khas untuk sempena kejayaan kelab Inggeris itu menjuarai kejuaraan UEFA Champions League 20 tahun yang lalu, iaitu pada musim 1998/99.

Penyokong-penyokong Manchester United di Lembah Klang boleh mendapatkan jersi masing-masing di cawangan-cawangan Football Republic dan Al Ikhsan di seluruh negara mulai hari ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN