Football Manager: Apakah Nasib Barcelona Jika Bersaing Di 4 Liga Utama Eropah Yang Lain?

Jika Catalonia berjaya menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol, Barcelona, Espanyol dan juga Girona berkemungkinan akan dihalang untuk meneruskan aksi dan bersaing di dalam La Liga.

Presiden La Liga, Javier Tebas lantang akan pendirian tersebut; walaupun secara realitinya, sukar untuk melihat La Liga sanggup kehilangan kuasa komersil yang dibawa oleh kelab Catalan tersebut.

Jika niat Tebas diteruskan, Menteri Sukan Catalonia, Gerard Figueras mencadangkan agar kelab-kelab tersebut bersaing di liga utama eropah yang lain.

Pernahkah anda membayangkan Barcelona menjulang trofi EPL, Ligue 1, Serie A atau pun Bundesliga? Mampukah gergasi Catalan itu menakluki liga bola sepak di Negara lain?

Simulasi permainan Football Manager (FM) 2017 ini mungkin boleh membantu anda member bayangan masib Barcelona di 4 liga utama lain di Eropah.

1. Liga Perdana Inggeris (England)

Untuk beberapa musim kebelakangan ini, EPL sinonim dengan saingan di antara 6 kelab utama atau lebih dikenali dengan gelaran ‘top six’.

Manchester United, Manchester City, Liverpool, Tottenham Hotspur, Chelsea dan juga Arsenal mungkin tidak mempunyai pencapaian yang dibanggakan di peringkat Eropah seperti Barcelona.

Namun demikian, Ernesto Valverde dan anak buahnya masih perlu membuktikan kemampuan mereka jika memilih untuk menyertai saingan EPL satu hari nanti.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Simulasi FM menunjukkan Barcelona hanya akan berada di tangga kedua. Juara EPL musim lalu berjaya menafikan Lionel Messi dan Barcelona untuk meraih kejuaraan EPL di musim pertama mereka di England.

Kedudukan ke-2 boleh dianggap sebagai satu kejayaan dalam penampilan pertama di England buat kelab Catalan ini. Namun sukar untuk membayangkan apa yang berlaku di dalam simulasi ini berbanding dengan dunia sebenar.

Dalam 7 perlawanan terakhir, Barcelona menutup peluang untuk mereka bergelar juara EPL apabila memenangi hanya 1 perlawanan, untuk memberi peluang kepada Chelsea memintas mereka.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Kegagalan Barcelona bergelar juara EPL juga disahkan oleh West Brom, apabila skuad kendalian Tony Pulis itu berjaya mengikat gergasi Catalan tersebut dengan jaringan 1-1 pada hari terakhir saingan EPL.

Sungguh dramatik! Bolehkah anda membayangkan kekecewaan Lionel Messi?

Luis Suarez memenangi gelaran kasut emas dengan 25 jaringan. Manakala Lionel Messi memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan. Sedikit sebanyak ia mampu mengubat duka Messi.

2. Ligue 1 (Perancis)

Jika Barcelona memilih untuk menyertai Ligue 1, maka perhatian kita pasti terarah kepada perlawanan membabitkan pasukan yang diwakili oleh Neymar, Paris Saint-Germain (PSG) menentang gergasi Catalan itu.

Berdasarkan simulasi FM, PSG akan memenangi 3 daripada 4 pertemuan di antara kedua-dua buah pasukan.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Dalam perlawanan pertama di Parc Des Princes, Neymar menjaringkan gol pembukaan perlawanan sebelum PSG menewaskan Barcelona dengan jaringan 2-1.

PSG turut memenangi 2 lagi pertemuan di dalam 2 perlawanan akhir domestik- Coupe de France dan Coupe de la Ligue.

. (Photo by Mehdi Taamallah/Nurphoto) (Photo by Mehdi Taamallah/NurPhoto via Getty Images)

Namun demikian, Barcelona merupakan pasukan yang lebih konsisten untuk muncul juara Ligue 1 pada musim pertama di Perancis. PSG berada di tempat kedua, dan Monaco terpaksa berpuas hati sekadar berada di tangga ketiga.

Sebagaimana di EPL, Luis Suarez turut memenangi anugerah kasut emas dengan 26 gol, dan Lionel Messi turut merupakan pemain terbaik musim tersebut di Ligue 1, Perancis.

3. Serie A (Itali)

Juventus menunjukkan dominasi pada beberapa musim dalam saingan Serie A, Itali.

Pada saingan suku akhir UEFA Champions League pada musim lalu, Juventus dengan mudah menyingkirkan saingan Barcelona. Namun begitu, kelab Catalan tersebut bangkit untuk membalas dendam dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan pada bulan lalu.

(Photo by Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)

Berdasarkan simulasi yang dilakukan oleh FM, Juventus gagal menewaskan Barcelona dalam 2 pertemuan membabitkan kedua-dua pasukan. 2 gol Luis Suarez mengikat Juventus di halaman sendiri dengan jaringan 2-2, sebelum Ousmane Dembele memberikan kemenangan 1-0 di Nou Camp.

Barcelona turut memecah dominasi kejuaraan Juventus di Serie A, apabila muncul sebagai juara Itali pada musim tersebut. Napoli berada rapat di tangga kedua, dan Juventus terpaksa berpuas hati untuk menduduki tangga ketiga Serie A.

(Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images )

Berbeza dengan keadaan di England dan Perancis, Luis Suarez tidak akan bergelar sebagai pemenang kasut emas di Itali. Penyerang Torino, Andrea Belotti adalah pemenang anugerah kasut emas dengan 27 gol.

Lionel Messi membuktikan sekali lagi bahawa beliau mampu beraksi di mana-mana liga dengan anugerah Pemain Terbaik Tahunan, menewaskan rakan senegara Paulo Dybala di Juventus untuk anugerah tersebut.

4. Bundesliga (Jerman)

Bayern Munich mungkin tidak berada pada prestasi terbaik mereka pada musim ini akibat pemecatan Carlo Ancelotti baru-baru ini. Kelab Bavarian tersebut juga seperti gagal mencari pengganti yang setara untuk Philipp Lahm dan Xabi Alonso yang bersara.

Tanpa dua pemain berpengalaman dan legenda tersebut serta ketiadaan pengurus yang tetap, anda mungkin berpendapat Barcelona akan muncul sebagai juara Bundesliga dengan mudah.

(Photo credit should read PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP/Getty Images)

Namun simulasi FM tidak sedemikian. Malah Bayern Munich muncul juara Bundesliga pada musim tersebut dengan kelebihan 1 mata berbanding Barcelona.

Ketika saingan Bundesliga menuju ke penghujung, Barcelona menewaskan Bayern Munich dengan jaringan 3-1, untuk perlawanan minggu terakhir yang mendebarkan.

Namun Bayern Munich tenang menewaskan Stuttgart dengan jaringan yang sama pada perlawanan terakhir musim tersebut, untuk menafikan Barcelona gelaran Bundesliga pertama mereka.

(Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Apa yang menarik ialah, Barcelona hanya tewas sekali sahaja sepanjang musim tersebut- tewas 2-0 menentang Bayern Munich di Allianz Arena, dan merupakan pasukan tertinggi dengan jaringan gol (81).

Bagaimanapun ia tidak cukup untuk Barcelona menjulang kejuaraan Bundesliga, walaupun Lionel Messi turut dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan di Jerman.

Rumusan

Keputusan di atas adalah hasil simulasi semata-mata. Sehingga artikel ini ditulis, nasib Barcelona di La Liga belum lagi diputuskan. Status Catalonia bersama Sepanyol turut kelihatan semakin rumit.

Persoalannya sekarang, di manakah anda mahu Barcelona beraksi jika kelab tersebut harus memilih salah satu daripada 4 liga di atas?

Sumber:

1. Oliver Young-Mills, Squawka (2017): We simmed Barcelona in Europe’s other top four leagues on Football Manager; http://www.squawka.com/news/we-simmed-barcelona-in-europes-other-top-four-leagues-on-football-manager/996261#flcOgo2CZPEjJQ93.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN