Football Manager 2015: Bagaimana Nak Menggunakan 4 Posisi Baru Macam Expert

Tak cukup dengan enganche, libero, regista, wide target man dan false nine, Sports Interactive menambah 4 lagi posisi dalam Football Manager 2015 (FM15) untuk memberi lebih banyak kebebasan kepada virtual football manager seperti anda untuk merangka taktik anda sendiri atau meniru taktik yang anda nampak di TV.

Tetapi tahukah anda apa peranan 4 posisi baru ini, bila nak guna dan pemain apa yang bermain dalam posisi ini sekarang? Jika anda masih tak tahu, kurang jelas, atau mahukan kepastian – teruskan membaca. Bagi yang dah expert, bagitahu saya di ruang komen apa pendapat anda tentang 4 posisi baru ini.

Roaming Playmaker (DMC/ MC)

Roaming playmaker adalah gabungan deep-lying playmaker/advanced playmaker dengan box-to-box midfielder. Sebelum ini deep-lying playmaker/advanced playmaker tidak boleh bebas bergerak (sehingga FM12, playmaker tidak boleh buat free role) kerana Sports Interactive merujuk playmaker kepada peranan Xavi dan Andrea Pirlo di Barcelona. Habis pening kepala otak memikirkan apa nak letak untuk peranan Andres Iniesta dalam 4-3-3 era 2008-2009 di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Sumber: BeinSports
Sumber: BeinSports

Mujurlah Sports Interactive mendengar keluh-kesah peminat di forum komuniti mereka – tak seperti EA Sports. Kini playmaker boleh bebas bergerak di kawasan midfield seperti yang dilakukan oleh Yaya Toure (Manchester City ketika David Silva tidak bermain), Aaron Ramsey (Arsenal), Cesc Fabregas (Chelsea), dan Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich era Jupp Heynckes).

Kredit: DailyMail UK
Semasa ketiadaan David Silva menentang Swansea Sabtu lepas, Toure lebih bebas di bahagian midfield. Kredit: DailyMail UK

Berbeza dengan box-to-box midfielder yang bebas tapi bukan fokus utama pasukan ketika passing, roaming playmaker bebas bergerak di kawasan midfield dan menjadi fokus utama passing pasukannya. Setiap kali pemain lain mendapat bola dan ingin menyerang, mereka akan mencari roaming playmaker kerana kreativiti dan kemahiran teknikalnya.

Bila masa boleh guna: Bila anda bermain dengan 3 midfield tengah dalam formasi 4-3-3 dan 4-2-3-1. Anda boleh guna roaming playmaker dalam formasi 4-4-2, tetapi pastikan anda menghadkan kreativiti salah seorang striker dan suruh dia bermain defensif (bawah) sedikit seperti yang selalu dilakukan oleh Stefan Jovetic dan Edin Dzeko ketika Yaya Toure bermain.

Contoh dunia sebenar: Andres Iniesta dalam formasi 4-3-3 era 2008-2009 dan 4-3-3 false 9 era 2011. 3 midfield utama Barcelona ketika itu adalah Xavi (sebagai deep-playing playmaker), Sergio Busquet (sebagai half-back ketika Barcelona menentang pasukan yang menggunakan 2 striker & regista ketika Barcelona menentang pasukan yang menggunakan 1 striker) dan Inieta (sebagai roaming playmaker).

Trio midfield Barca yang paling lengkap. Kredit: Ap Sports
Trio midfield Barca yang paling lengkap. Kredit: Ap Sports

Wide Playmaker (ML/MR)

Ah. Posisi yang menyebabkan Mesut Ozil dikutuk peminat Arsenal dan Germany – sedangkan fungsi Ozil di posisi ini sangat penting bagi Arsenal dan Germany untuk mengekalkan posession di kawasan final third pasukan lawan.

450067_1

Wide playmaker adalah pemain sayap yang akan membawa bola masuk ke zon tengah untuk membekalkan diagonal pass dan through ball kepada penyerang. Mereka sepatutnya bermain di tengah tetapi sengaja diletak di bahagian sayap untuk mengelakkan dirinya dibantai defensive midfielder. Mereka tak diharap untuk bertahan sangat seperti winger, cuma sekadar untuk menyesakkan kawasan sayap yang sedang diserang lawan.

Sumber: Getty Images
Sumber: Getty Images

Selalu digunakan oleh Manuel Pellegrini di Manchester City dalam formasi 4-4-2, David Silva dan Samir Nasri bertindak sebagai wide playmaker yang akan membawa masuk bola ke tengah untuk membentuk formasi 4-2-2-2. Aleksander Kolarov/ Gael Clichy dan Pablo Zabaleta/Bacary Sagna akan membuat overlapping run untuk mengekalkan width (keluasan?) Man City.

football formations

Bentuk Man City ketika bertahan

football formations

Bentuk Man City ketika menyerang

 

Satu lagi contoh aplikasi wide playmaker adalah Mesut Ozil yang bermain di posisi ini pada musim 2013/2014 di Arsenal dan World Cup 2014 bersama Germany. Jika dibandingkan pada World Cup 2010 (dimana beliau bermain sebagai trequartista), posisi barunya ini kurang glamor. Assistnya berkurangan, killer passingnya nampak macam dah hilang. Tetapi peranannya sebagai team player tak boleh dinafikan.

Semasa final World Cup 2014 menentang Argentina, walaupun Germany nampak seperti bermain dalam formasi 4-3-3, sebenarnya mereka bermain dalam formasi 3-5-2. Tak percaya?

Sumber: Zonal Marking
Sumber: Zonal Marking
Argentina vs Germany - Football tactics and formations

Bahagian kiri Germany yang dianggotai Ozil dan Benedikt Howedes hanya menumpukan perhatian mereka untuk mengekalkan possession kerana segala serangan Germany dilancarkan dari sebelah kanan mereka melalui Philip Lahm, Cristoph Kramer/Ozil dan Thomas Mueller.

Disebabkan Benedikt Howedes berkaki kanan dan bukan full back kiri pula, Germany tidak boleh menyerang di sebelah kiri. Jadi, Ozil hanya diarahkan untuk membekalkan passing dari zon kiri ke zon kanan Germany, menepati tugas wide playmaker. Tugas Ozil kemudian diganti oleh Andre Schurrle yang membekalkan assist kepada gol Mario Goetze.

Bila masa boleh guna: Bila anda mempunyai lambakan pemain tengah berkualiti tetapi kekurangan winger sebenar seperti Jesus Navas atau Karim Bellarabi. Memanglah pemain seperti Ozil, Silva dan Nasri mempunyai stat dribbling yang tinggi untuk bermain sebagai winger, tetapi apabila mereka hilang bola mereka tidak mempunyai work rate dan stamina yang tinggi untuk cover full back mereka.

Contoh dunia sebenar: James Rodriguez yang bermain di bahagian kanan Real Madrid ketika ini.

1408488215772_wps_43_Real_Madrid_s_James_Rodri


Ramdeuter (AML/AMR)

Disebut sebagai Rom-doi-ter, Ramdeuter berasal dari bahasa Jerman yang bermaksud ‘space investigator’ (pencari ruang?). Posisi ini dicipta khas oleh Sports Interactive bersempena dengan apa yang dilakukan oleh Thomas Mueller di atas padang. Sama seperti posisi half back yang dicipta untuk mentafsir peranan Sergio Busquet dan posisi false nine yang dicipta untuk mentafsir peranan Lionel Messi – posisi ini unik.

Posisi ini bukan untuk sebarangan pemain. Ia hanyalah untuk pemain yang mempunyai stat anticipation, off the ball dan work rate yang tinggi.

Kerja mereka adalah membaca permainan dan mentafsir ke mana bola akan pergi 5 saat sebelum pertahanan sedar. Kerja mereka tidak glamor. Tiada skil gelecekan yang lincah, tiada skil hantaran bola yang memukau – ramdeuter hanya pandai mencari ruang kosong untuk menjaringkan gol. Itu sahaja.

Perhatikan bagaimana Mueller mengagak ke mana bola akan bergerak lebih awal daripada defender lawan.

Bila masa boleh guna: Bila anda mempunyai playmaker di tengah padang dan penyerang anda boleh mencipta peluang sebagai complete striker, trequartista, false nine atau deep-lying forward. Sangat-sangat tak digalakkan jika striker anda bermain sebagai poacher.

Contoh dunia sebenar: Setakat ini hanya dua pemain ini yang pernah bermain sebagai ramdeuter. Tomas Mueller dan Ivica Olic (Wolfsburg).


Inverted wingback (WBL/WBR)

Posisi baru ini diilhamkan oleh peranan baru David Alaba dalam Bayern Munich. Jika di Barcelona Pep Guardiola mempopularkan posisi half back yang dicipta oleh tok gurunya, Marcelo Bielsa; di Bayern Munich Guardiola sekali lagi mempopularkan posisi inverted wingback yang dicipta oleh Bielsa semasa beliau mengemudi pasukan kebangsaan Chile pada era 2007-2011.

Sumber: FutbolRed
Sumber: FutbolRed

Berbeza dengan wing back tradisional yang membuat overlappng run di tepi-tepi padang, inverted wing back membuat overlapping run di bahagian tengah padang.

Formation

Semasa Chile di bawah bimbingan Marcelo Bielsa, mereka bermain dengan formasi 3-3-1-3. Dalam formasi ini Arturo Vidal dan Mauricio Isla mungkin bermula sebagai wing back, tetapi apabila menyerang – mereka bermain sebagai midfielder.

football formations

Inverted wingbacks digunakan untuk memperkuatkan bahagian tengah yang mungkin lompong akibat maximum width yang diberikan oleh wingers. Mereka memastikan bahagian tengah anda tidak ‘outnumbered’.

Bila masa boleh guna: Bila anda menyuruh pasukan anda bermain ‘much higher defensive line’, ‘close down much more’ dan anda menyerang dengan dua winger dan seorang striker. Sangat-sangat tak digalakkan untuk formasi 4-4-2 Diamond kerana formasi ini memerlukan width daripada wing backs anda.

Contoh dunia sebenar: David Alaba dan Philip Lahm (Bayern Munich).

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN