“Fokus Kutip 3 Mata”- Nafuzi Anggap Tiada Pilihan Buat Terengganu Selain Catat Kemenangan

Menjelang perlawanan Liga Super yang bakal berlangsung malam ini, ada salah satu aksi yang dianggap bakal mencuri tumpuan dengan membabitkan pertemuan antara Terengganu dan Sabah.

Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada malam ini, Terengganu pastinya ingin meneruskan momentum kemenangan mereka, setelah kejayaan sebelum itu menewaskan Penang.

Jelas Nafuzi Zain selaku pengendali utama Terengganu, beliau jelas mahu kemenangan dapat dicapai pada perlawanan tersebut kerana ini merupakan aksi terakhir mereka dalam saingan Liga Super di laman sendiri.

Menurut pengendali muda berbakat itu, beliau akan mengerahkan segala kepakaran serta pengalaman dimiliki oleh para pemain untuk mencatat keputusan positif bagi mencerahkan peluang mendaki kedudukan ketiga carta liga.

“Kita tiada pilihan, kecuali perlu merakam kemenangan untuk mengutip tiga mata menentang Sabah FC bagi mengumpul 12 mata maksimum daripada empat perlawanan dalam misi memburu tiga tempat teratas Liga Super.

“Kekalahan 1-2 kepada Sabah FC di tempat lawan tempoh hari perlu dijadikan pengajaran berguna buat pemain lebih-lebih lagi aksi terakhir dalam saingan Liga Super di tempat sendiri musim ini.

“Namun pemain perlu waspada dengan kebangkitan skuad itu kerana bagi saya kekuatan mereka terletak kepada pemainnya yang mempunyai pengalaman yang luas, jadi sudah tentu bukan perlawanan yang mudah biarpun beraksi di tempat sendiri.

“Apa-apapun harap pemain perlu berjuang habis-habisan di depan penyokong sendiri dengan fokus untuk mengutip tiga mata penuh,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini menerusi Berita Harian.

Pada masa sama, Nafuzi juga menafikan perlawanan pada malam ini sebagai penentu untuk mereka berjaya atau tidak berada di kedudukan ketiga musim 2022 sekiranya Terengganu berjaya mengetepikan Sabah.

Ulas jurulatih kelahiran Kelantan itu, selepas beraksi menentang Sabah, mereka perlu menghadapi tiga lagi aksi liga di tempat lawan sebelum mengesahkan sepenuhnya kedudukan Terengganu musim ini.

“Pada saya perlawanan terakhir akan jadi penentuan pasukan mana yang layak beraksi di pentas Asia nanti,” katanya.

Nafuzi juga mengakui dirinya ketika ini sangat gembira kerana mempunyai banyak pilihan pemain untuk digunakan pada perlawanan menentang Sabah.

Ini kerana, kesemua pemain Terengganu berada dalam keadaan sangat cergas dan bebas daripada isu kecederaan selain tidak ada yang menerima penggantungan.

Untuk rekod semasa, ketika ini Terengganu berada di kedudukan keempat carta Liga Super menerusi 32 mata berjaya dikumpul daripada 18 perlawanan dihadapi.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN