FMLLP Umum Pasukan Gagal Lengkapkan Dokumen Pendaftaran

Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) sebentar tadi mengumumkan senarai pasukan Liga Malaysia yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran selepas tarikh tutup yang ditetapkan.

Tarikh akhir sebenar bagi setiap pasukan yang akan bertanding di dalam Liga Malaysia 2018 untuk melengkapkap pendaftaran masing-masing ialah pada 29 Disember 2017.

Bagaimanapun, tarikh pendaftaran tersebut dilanjutkan kepada 14 Januari yang lalu, sebelum diubah semula kepada 3 Februari oleh badan penganjur tersebut.

Langkah ini diambil setelah mengambil kira masih ada pasukan yang gagal melengkapkan borang pendaftaran masing-masing.

Daripada sepuluh pasukan yang terbabit, empat daripadanya beraksi di Liga Super Malaysia.

FMLLP mengesahkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), sebagai dua pasukan yang masih belum melengkapkan pendaftaran masing-masing sehingga kini.

Manakala PKNS FC dan juga Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), telah melengkapkan pendaftaran masing-masing melangkaui tarikh tutup yang ditetapkan oleh FMLLP.

Bagi pasukan yang bertanding di 100Plus Liga Premier 2018, empat pasukan masih gagal menghantar dokumen berkenaan bagi melengkapkan pendaftaran masing-masing.

Antaranya ialah Kuantan FA, PFRM FA, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), dan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (PFA).

Untuk rekod, beberapa pasukan yang sama turut gagal melengkapkan pendafaftaran pada musim lalu, seperti Kelantan dan Sarawak masih mengulangi kegagalan masing-masing pada musim ini,

Untuk Liga Malaysia 2018, setiap pasukan telah diberikan peluang untuk melengkapkan pendaftaran masing-masing sejak 8 November yang lalu.

Selain daripada menjalankan taklimat pada 14 Disember 2017 untuk memberi pemahaman kepada setiap pasukan bertanding akan prosedur dan kepentingan melakukan pendaftaran, FMLLP turut mengingatkan setuap pasukan melalui emel rasmi dan panggilan telefon bagi memastikan setiap pasukan mampu melengkapkan pendaftaran masing-masing menjelang tarikh akhir yang ditetapkan.

Antara dokumen pendaftaran yang perlu dilengkapkan oleh setiap pasukan bertanding ialah:

1) Sijil pendaftaran oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS)
2) Dokumen / surat bukti pembayaran gaji, KWSP, PERKSEO, LHDN bagi pemain dan pegawai untuk musim lepas.
3) Surat menyatakan telah menyelesaikan pembayaran tanggungan denda pemain, pegawai dan pasukan bagi musim lepas.
4) Menamakan 2 pilihan venue pertandingan, venue latihan dan hotel penginapan (45 minit jarak dari venue pertandingan).
5) Bukti pembayaran yuran penyertaan.
6) Mengemukakan bukti pembayaran deposit pemain asing.
7) Perjanjian penyertaan Pertandingan Liga Malaysia anjuran FMLLP.

Dokumen berkaitan diperlukan bertujuan untuk memastikan kebajikan pemain dan pegawai setiap pasukan mampu berkhidmat dengan penuh komited untuk pasukan masing-masing.

Antara perkara yang mahu dielakkan melalui penelitian dan kelulusan dokumen pendaftaran di atas ialah isu keluhan pemain yang tidak dibayar gaji.

Ini juga dapat membendung isu salah laku pasukan yang mungkin akan dilaporkan ke peringkat lebih tinggi sekali gus mencalarkan imej bola sepak Malaysia.

Kami menjangkakan hukuman berat bakal menanti setiap pasukan yang gagal melengkapkan permohonan masing-masing, bergantung kepada hasil mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FMLLP yang akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN