FMLLP Sahkan Pahang Dibenarkan Bermain Pada Waktu Malam

Badan pengendali liga, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengesahkan pasukan Pahang dibenarkan bermain pada waktu malam setelah wakil FMLLP membuat pemeriksaan lampu limpah di Stadium Darulmakmur pada 12 Januari 2018.

Menurut kenyataan yang dipetik daripada laman facebook rasmi FMLLP, kesemua pasukan telah maklum dengan peraturan yang wujud mengenai lampu limpah ini dan pemeriksaan awal telah dilakukan di semua venue liga Malaysia untuk memastikan maklum balas segera boleh diberikan kepada semua pasukan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Dalam kes Pahang, pemeriksaan pertama lampu limpah telah dijalankan oleh FMLLP pada 16 Disember 2017 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Hasil pemeriksaan tersebut didapati 6 dari 15 lokasi lampu limpah tersebut tidak melepasi syarat 1200 lux yang telah ditetapkan.

“Surat pemakluman dari FMLLP yang menyatakan venue tersebut gagal untuk bermain pada sebelah malam dan dimainkan pada sebelah petang (sepak mula 4.45 petang) telah dikeluarkan pada 20 Disember 2017 kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

“Dalam surat tersebut juga FMLLP telah memaklumkan jika PBNP ingin membuat pemeriksaan ulangan, ianya boleh dibuat 14 hari sebelum tarikh sepak mula Liga Malaysia 2018,” jelas FMLLP.

Pada hari jumaat lepas, pihak PBNP mengesahkan wakil FMLLP telah hadir untuk membuat pemeriksaan kali kedua di Stadium Darulmakmur. Keputusan ujian lampu limpah menunjukkan kesemua lokasi melepasi syarat minimum 1200 lux.

Wakil daripada FMLLP melakukan ujian pemeriksaan Lampu Limpah di Stadium Darul Makmur kelmarin. FOTO: Pahang FA

3 hari lepas, FMLLP mengeluarkan jadual rasmi perlawanan Liga Malaysia membabitkan pasukan Liga Super dan Liga Premier.

Rata-rata penyokong Pahang melahirkan rasa kecewa apabila pasukan kesayangan mereka dijadualkan bermain pada waktu petang kerana gelanggang rasmi skuad Tok Gajah dipercayai mengalami masalah lampu limpah.

Justeru itu, Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) memperuntukkan RM80,000 untuk menaik taraf tahap pencahayaan lampu limpah Stadium Darul Makmur.

Pengurus PSDM, Mohd Izzuddin Mohd Kenali bercakap kepada Berita Harian, kerja naik taraf lampu limpah sebenarnya baru siap sepenuhnya bagi memastikan naib juara Liga Super 2017 itu dapat beraksi pada waktu malam.

“Sebelum ini timbul salah faham kerana ketika FMLLP datang untuk membuat ujian pencahayaan, kerja pemasangan lampu limpah sedang dilaksanakan.

“Sebab itu pencahayaan yang ditetapkan tidak mencapai tahap dikehendaki, sekali gus jadual perlawanan membabitkan skuad Tok Gajah diputuskan pada waktu petang.

“Sebaik penambahbaikan lampu limpah dilaksanakan, ia kini mencapai bacaan 1,200 lux dan diyakini menepati syarat ditetapkan FLMMP,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan enam stadium ‘kantoi’ masih belum mencapai tahap piawaian pencahayaan lampu limpah seperti yang ditetapkan dalam manual Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Hal ini disahkan oleh FMLLP yang mendapati beberapa stadium masih tidak boleh digunakan untuk perlawanan sebelah malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN