FMLLP Umum Tarikh Baru Bagi Perlawanan Liga Super & Liga Perdana Yang Tertangguh

FMLLP baru-baru ini, telah mengumumkan tarikh baharu untuk 3 perlawnan Liga Super dan Liga Perdana yang tertangguh.

Kesemua 3 perlawanan ini yang merupakan perlawanan pertama bagi Liga Super dan Liga Perdana ditangguhkan semuanya berlaku di Pantai Timur akibat cuaca buruk.

Dilangsungkan pada Februari

Menurut FMLLP, kesemua 3 perlawanan yang dilangsungkan di Pantai Timur itu telah diberikan pada tarikh baharu.

Kesemua perlawanan tersebut akan dilangsungkan pada bulan Februari pada 21 Februari 2017 (Selasa).

Perlawanan Liga Super yang ditangguhkan adalah perlawanan diantara Kelantan dan Melaka United yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Bagi perlawanan Liga Perdana pula ia melibatkan perlawanan diantara Terengganu menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Gambar oleh: Mohd Hasif / Asiana

Satu lagi perlawanan Liga Perdana diantara Kuantan FA menentang UiTM FC di Stadium Darul Makmur.

Kesemua perlawanan ini akan dilangsungkan pada 21 Februari 2017 pada jam 9.00 malam.

Satu lagi perlawanan yang ditangguhkan dan belum lagi mendapat jawapan akhir adalah melibatkan UiTM FC dan Negeri Sembilan yang ditangguhkan selepas 33 minit perlawanan berlangsung akibat cuaca buruk.

Baru-baru ini pihak FMLLP telah mengumumkan penangguhan perlawanan diantara Kelantan dan JDT yang akan berlangsung di Kota Bahru pada 4 Februari 2017.

Penangguhan yang dilakukan atas faktor agenda nasional yang menyaksikan JDT beraksi di play-off AFC Champions League di Jepun menentang pasukan Gamba Osaka pada 5 Februari.

Namun begitu, keputusan itu tidak mendapat reaksi positif dari bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan juga rata-rata penyokong Kelantan yang kecewa keputusan minit akhir FMLLP.

Ia disebabkan kerana sesetengah penyokong Kelantan terpaksa membatalkan tiket kapal terbang mereka untuk turun ke Kota Bahru untuk menyokong pasukan Kelantan.

Baca juga: Annuar Musa Tak Puas Hati Perlawanan Ditunda Saat Akhir, Mahu Penjelasan FMLLP 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN