FMLLP Benarkan Pemain Import Pindah Pasukan Pada Jendela Perpindahan Kedua

Melalui satu kenyataan rasmi FMLLP, badan itu mengumumkan pemain import yang beraksi di Liga Malaysia berpindah pasukan ketika jendela perpindahan kedua dibuka pertengahan musim ini.

Walaupun terdapat banyak permintaan daripada Persatuan negeri untuk perpindahan pemain import di kalangan pasukan yang bertanding sebelum ini, FAM tidak pernah membenarkan perpindahan ini berlaku.

Kelantan FA umum barisan import musim lalu.

Peraturan larangan ini telah diwujudkan sebelum FMLLP ditubuhkan lagi.

Namun, terdapat trend kecenderungan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia untuk menamatkan kontrak pemain import ketika jendela perpindahan kedua.

Oleh itu FMLLP memutuskan supaya perpindahan pemain import di kalangan pasukan yang bertanding adalah dibenarkan.

Langkah ini akan membenarkan pemain import kebebasan untuk mencari hala tuju baru dengan pasukan di Liga Malaysia dan tidak meninggalkan negara ini dengan perasaan terkilan.

Ini sekaligus memberi peluang untuk membuktikan keupayaan mereka dengan pasukan lain di Liga Malaysia.

Peraturan baru ini juga membolehkan setiap pasukan memiliki lebih pilihan pemain import dan menggalakkan pasukan untuk berunding sesama mereka.

Lantas dapat membentuk inisiatif seperti yuran perpindahan atau penebusan kontrak.

FMLLP turut mengharapkan agar pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin dan menasihatkan setiap pasukan melaksanakannya secara profesional.

Jose Franco Gomez pernah persoal kontrak beliau bersama KFA

Peraturan baharu dari FMLLP ini membolehkan setiap pasukan untuk menjana keuntungan daripada aset pasukan (pemain import).

Ianya membolehkan mereka untuk melabur keuntungan tersebut ke arah lain yang boleh memberi manfaat kepada setiap pasukan.

Untuk rekod, Liga Malaysia menunjukkan angka yang tinggi dalam penamatan kontrak pemain import yang menyalahi undang-undang.

Beberapa kes turut dirujuk oleh pemain kepada FIFA. Peraturan baru ini adalah satu langkah FMLLP untuk membendung isu ini.

FMLLP turut mengumumkan peraturan baharu ini akan berkuatkuasa serta merta dan akan dikemaskini di dalam Manual Liga Malaysia akan datang.

Jendela Perpindahan Kedua Liga Malaysia akan dibuka kembali pertengahan Jun nanti untuk membenarkan setiap pasukan menambahbaik pasukan masing-masing.

Baca juga: TMJ Arah Siasat Pengadil Jika Perlu, Media Dan Penyokong Diseru Bersikap Rasional

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN