Kelantan VS JDT telah memperoleh tarikh baharu, seperti yang telah ditetapkan oleh pihak FMLLP menurut sumber Arena Harimau Malaysia.
Perlawanan diantara kedua-dua pasukan tersebut yang dijadual sepatutnya pada 4 Februari itu, akan dilangsungkan pada bulan April.
Tarikh baharu perlawanan melibatkan pasukan dari Pantai Timur dan juga Selatan itu akan diadakan pada 12 April 2017.
Namun apa yang kurang menarik mengenai tarikh tersebut adalah kerana perlawanan itu akan diadakan pada hari Rabu.
Perlawanan diantara Kelantan dan JDT itu ditangguh tempoh hari selepas JDT terlibat dengan perlawanan play-off AFC Champions League menentang Gamba Osaka di Jepun tempoh hari.
Ia dibuat atas alasan “agenda nasional” untuk memberikan sokongan kepada JDT yang selangkah ke peringkat kumpulan AFC Champions League.
Dalam perlawanan itu, JDT tewas 3-0 ditangan kelab gergasi Jepun tersebut.
Namun begitu, keputusan penangguhan perlawanan itu mengundang ketidakpuasan hati bekas Presiden KAFA – Tan Sri Annuar Musa.
Beliau ketika itu mengatakan yang pihak FMLLP tidak mendapat persetujuaan daripada pihak KAFA untuk menangguhkan perlawanan tersebut.
Jadi peminat Kelantan dan JDT, jangan lupa tarikh baharu untuk perlawanan hangat ini ya!
Baca juga: Barcelona Beli Pertahanan Baharu, Yerry Mena Dari Palmeiras