FMLLP Jawab Persoalan, Siapakah Ampersand Sports?

Ampersand Sports

Semalam FMLLP telah menjawab persoalan yang berlegar di media sosial. Ramai yang mahukan penjelasan status Ampersand yang dikatakan baru ditubuhkan pada Oktober 2017.

Ampersand adalah SPV

“Betul syarikat tersebut ditubuhkan pada bulan Oktober 2017 namun tahukah anda apa itu SPV? SPV tu maksudnya Special Purpose Vehicle.”

“Ini bermakna syarikat itu ditubuhkan khas untuk fokus pada sesuatu tugas atau projek. Kumpulan syarikat yang terbesar di dunia pun ada mengunakan SPV. ”

“FMLLP sendiri adalah SPV yang ditubuhkan pada tahun 2015 untuk menguruskan Liga Malaysia.” “Jadi apa masalahnya kalau Ampersand Sports ditubuhkan pada bulan Oktober 2017? Untuk pengetahuan anda semua yang budiman, Tan Sri Vincent Lee ni seorang pemilik konglomerat media dan pengiklanan.”

“Banyak company dia ada termasuklah Foetus Group International, antara syarikat terbesar kumpulan komunikasi di Malaysia. Naga DDB, agensi pengiklanan sejak 25 tahun dulu pun beliau yang tubuhkan.”

Ampersand ditubuhkan khas untuk Liga Malaysia

“Jadi kalau Ampersand ni salah satu dari syarikat Tan Sri yang ditubuhkan khas “SPV” untuk fokus pada kontrak Liga Malaysia, adakah ini salah? Perlu kah Tan Sri menggunakan Naga DDB yang berusia 25 tahun baru saudara akan puas hati?”

“Tan Sri bersama Trapper Media Group (Sivanathan Krishnan) dan Sandeep Joseph tubuhkan Ampersand Advisory, konsultan digital yang menyediakan solusi perniagaan dalam data, media dan kandungan.”

“Dengan kepakaran 3 orang ini, tak salah untuk mereka mencari penajaan untuk Liga Malaysia.”

“Ditambah lagi dengan pengalaman Hasnan Hassan yang dahulunya dari ESPN dan Astro. Maka tertubuhlah Ampersand Sports Sdn Bhd untuk menjadi Special Purpose Vehicle.”

“Normal Business Strategy”

FMLLP turut menjelaskan kaedah yang digunapakai dalam penubuhan Ampersand Sport adalah perkara norma dalam penubuhan sesebuah syarikat khusus untuk melakukan tugasan dan objektif khas.

Oleh itu, FMLLP bependapat adalah tidak wajar melakukan kritikan tanpa usul periksa, apatah kepada mereka yang sanggup tampil dalam membangun bola sepak negara.

SPV adalah syarikat yang disubsidikan dengan aset, struktur liabiliti dan juga sah di sisi undang-undang, malah akan terselamat jika syarikat induknya muflis. Ini bermakna ia tidak mempunyai risiko kewangan.

Ia adalah amalan biasa dalam sektor-sektor perniagaan dalam menjalankan sesebuah projek besar. Sebagai contoh, Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang ditubuhkan adalah sebuah syarikat SPV.

Syarikat tersebut bermodalkan RM2 yang mengendalikan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion adalah syarikat bertujuan khas (SPV) ditubuhkan Kementerian Kewangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN