FMLLP: “Kami Tak Ambil Perhatian Isu Yang Hanya Kecoh Di Media Sosial”

Pihak FMLLP telah mengeluarkan kenyataan terbaharu dilaman Facebook mereka mengenai isu yang disuarakan oleh Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Annuar Musa, beliau mempersoal kenapa FMLLP tidak memberi hukuman kepada pasukan seperti Selangor dan Melaka United yang dikatakan tidak membayar gaji pemain.

Tak ambil tindakan

Menurut pihak FMLLP, mereka tidak akan mengambil tindakan diatas perkara-perkara yang hanya ‘bising’ di media sosial.

Mereka akan mengambil tindakan sekiranya terdapat kesahihan terhadap kes yang berlaku.

Pihak FMLLP tidak mengambil tindakan ke atas mana-mana isu yang dilaporkan di media sosial. FMLLP perlu mendapat kesahihan daripada pihak berkuasa yang berkaitan sebelum bertindak seterusnya.”

Harus diingat, penalti yang dijatuhkan atas pasukan-pasukan yang terlibat adalah berkait dengan kegagalan mereka memenuhi syarat-syarat pendaftaran yang terhasil dari keengganan atau ketidakbolehan mereka membuat deklarasi dan memuatnaik dokumen yang perlu hasil dari pasukan itu mempunyai tungakkan.”

Menurut FMLLP, jika segala perkara itu berjaya dipenuhi dengan tanpa sebarang masalah pasti tiada hukuman dijatuhkan.

Perkara ini telah lama berlaku dalam bola sepak Malaysia dan FMLLP sejak Januari 2017 telah mengingatkan para pasukan dengan pelbagai cara seperti surat bertulis, panggilan telefon dan sebagainya untuk memastikan perkara ini diselesaikan dengan baik.

Malah FMLLP turut menambah yang masalah yang dihadapi ini telah berlaku lama sejak sebelum FMLLP mengambil alih pengajuran liga.

Baiki kesalahan

FMLLP turut mengingatkan agar segala kesalahan perlu dibetulkan terlebih dahulu sebelum cuma memesongkan perhatian dengan perkara-perkara lain.

Pihak FMLLP amat berharap bahawa pihak yang cuba mencari “fakta” kes-kes lain untuk memesong perhatian daripada fakta yang sebenarnya.”

Kesalahan telah berlaku. Baiki lah kesalahan tersebut kerana walau berapa banyak lagi “fakta” yang dapat dicari, ia tidak akan menukar fakta bahawa anda telah melakukan kesalahan dan ia perlu dibetulkan.”

Untuk masa depan bolasepak Malaysia, mainkanlah peranan anda dan betulkanlah kesalahan itu. Itu akan lebih membantu industri bolasepak tempatan dari mencari kesalahan pihak yang lain.”

FMLLP juga memberi penjelasan yang pemotongan 6 mata tersebut adalah dilakukan seperti dalam Manual Liga Malaysia 2017 ia masih belum lagi dalam kadar yang lebih teruk berbanding pemotongan mata yang dihadapi oleh pasukan-pasukan lain di luar negara.

Ada yang mengalami pemotongan mata lebih teruk hingga menyebabkan mereka tersingkir dari liga.

Kita disini lebih gemar untuk berteori konspirasi, menuduh bias dan apa saja yang boleh digunakan untuk memastikan bahawa diri sendiri tidak dipersalahkan, termasuk menuding jari ke arah pasukan atau individu lain yang dikatakan mahu menjatuhkan pasukan kami.”

Matlamat FMLLP dalam isu ini ialah untuk meningkatkan tahap pematuhan dan bukan menghukum.”

Di hari tiada hukuman diperlukan, kita telah berjaya.”

Baca juga: Monchi Sahkan Francesco Totti Bersara Akhir Musim Ini, Bakal Jadi Pengarah Roma

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN