FMLLP Tegaskan Isu Keselamatan Penonton Tanggungjawab Setiap Pasukan!

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) melalui media sosial rasmi Facebook mengeluarkan satu kenyataan berhubung tanggungjawab dan isu keselamatan sebagai pasukan tuan rumah.

Kenyataan oleh FMLLP itu adalah berikutan  satu kenyataan di dalam media daripada salah seorang wakil persatuan bola sepak negeri yang bertanding di Liga Malaysia.

SLUG GAMBAR: STADIUM_RUSUHAN
KUCHING 31 OGOS, 2014 — Sebahagian daripada penyokong Sarawak yang merusuh selepas tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan Piala Malaysia dii antara Sarawak dan Perak dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Negeri Sarawak, di sini malam ini.GAMBAR/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIAWARTAWAN KOSMO!/ NOR AZIRAN YUNUS
WARTAWAN UTUSAN/ FARHANA JONI

Kenyataan di dalam media itu antaranya menyatakan bahawa persatuan tersebut tidak menyalahkan penonton berhubung kekecohan yang berlaku di luar stadium.

Ini selepas penyokong tidak berpuashati dengan keputusan pengadil perlawana baru-baru ini.

FMLLP menzahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan tersebut kerana ia seolah-olah keselamatan penonton yang bertandang ke stadium tidak diutamakan.

FMLLP Beri Amaran

Kenyataan lewat media sosial Facebook oleh FMLLP turut mengingatkan bahawa mengikut Perkara 5.8.2 (a)(vi) Organisasi Teknikal Pertandingan, Manual Liga Malaysia, keselamatan adalah menjadi dan tertanggungjawab kepada penonton atau penyokong Pasukan Tuan Rumah (PTR) melanggar peraturan FMLLP, maka PTR akan dipertanggungjawabkan.

Kejadian rusuhan penyokong Terengganu di Gong Badak pada tahun 2015

Begitulah juga jika penonton atau penyokong Pasukan Pelawat (PL) yang melanggar peraturan, maka PL mestilah bertanggungjawab.

Oleh itu keselamatan bermula dengan tanggungjawab penonton atau penyokong yang hadir ke stadium pada hari perlawanan.

FMLLP turut menggariskan serta mengingatkan penonton dan penyokong kesalahan-kesalahan membawa bahan larangan seperti membawa objek merbahaya, bahan letupan dan bom asap ke dalam stadium.

Tindakan membaling objek ke dalam padang, rusuhan di dalam dan luar stadium serta apa jua kesalahan yang melanggar undang-undang negara, akan diambil tindakan oleh FMLLP dan pihak berkuasa.

FMLLP turut mengingatkan keberadaan Kod Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepertimana termaktub dalam Perkara 40.1 Peraturan Pertandingan dan Perkara 5.25.2 (c) Organisasi Teknikal Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017.

Penyokong Kelantan berkumpul selepas pertembungan Kelantan mln JDT, 12 April lalu.

Kod tatatertib berkenaan akan berkuatkasa dengan mempertanggungjawabkan dan menghukum dengan setimpal dengan kesalahan; pasukan yang penontonnya melakukan insiden-insiden yang tidak diingini.

Tanggungjawab Semua

Oleh itu, FMLLP menyeru kepada semua pasukan bertanding agar mengutamakan hal keselamatan dan  tidak membuat kenyataan yang mengapi-apikan keadaan di akhbar.

Pihak persatuan juga diminya menasihatkan penonton atau penyokong supaya mematuhi peraturan sediada melalui saluran rasmi masing-masing.

Dalam kenyataan yang sama, FMLLP turut menyeru supaya penyokong juga seharusnya bertindak secara rasional dan bukan emosi semata- mata. Sebarang bantahan mengenai perlawanan hendaklah diajukan oleh pihak Persatuan melalui saluran yang disediakan oleh FMLLP seperti yang terkandung di dalam Manual.

Sorotan

Pada 12 April yang lalu, skuad The Red Warrior, Kelantan ditewaskan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim dalam satu perlawanan penuh kontroversi.

Penyokong Kelantan nyata tidak berpuas hati apabila beberapa keputusan pengadil tidak memihak kepada mereka.

Insiden yang mengakibatkan Mohd. Qayyum dilayangkan kad merah.Kredit: asiana

Tindakan pengadil Muhammad Nazmi Bin Nasaruddin melayangan kad merah buat Mohd Qayyum pada minit ke-76, menambah derita Kelantan.

Segelintir penyokong Kelantan turut berkumpul di luar Stadium Sultan Mohammad IV sejurus selepas perlawanan tamat.

Penyokong-penyokong Kelantan nyata membantah beberapa keputusan pengadil yang didakwa meragukan dengan soraka sinikal ‘ref gilo’ (pengadil gila).

Unit FRU turut kelihatan dalam usaha menyuraikan kumpulan penyokong tersebut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku.

Baca juga: Melaka United Adakan Sesi Dialog Terbuka Bersama Penyokong

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN