FMLLP Dan La Liga Jalinkan Hubungan Kerjasama Dalam Aspek Pengurusan Liga

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) pada hari ini telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Liga popular Sepanyol, LaLiga untuk bekerjasama dalam pembangunan aspek-aspek urus tadbir dan teknikal dalam pengurusan liga.

Majlis perjanjian persefahaman ini disempurnakan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pengerusi FMLLP dan Oscar Mayo Pardo selaku Ketua Pembangunan Antarabangsa LaLiga di sini, hari ini.

Menurut FMLLP, perjanjian kerjasama ini akan berlangsung selama 3 tahun dengan menyaksikan La Liga dan FMLLP bekerjasama untuk membangunkan blueprint 50 tahun untuk Liga Malaysia.

“Kedua-dua pihak juga akan menganjurkan seminar dan bengkel oleh pakar dengan memfokuskan kepada pengurusan
sukan, pemasaran, pengurusan kewangan, keselamatan stadium, pembangunan sosial serta projek komuniti melalui tanggungjawab sosial korporat.

“Melalui perjanjian persefahaman ini juga, LaLiga akan memudahcara kepada pemain di LaLiga untuk bermain di Malaysia serta berusaha mengatur perlawanan di antara pasukan LaLiga di Malaysia semasa pra musim,” kata kenyataan daripada FMLLP di laman facebook mereka.

Selain itu, kedua-dua pihak akan memastikan usaha terbaik untuk mencapai integrasi pemain Malaysia di Sepanyol dan sebaliknya.

Melalui perjanjian persefahaman ini juga, LaLiga akan memudahcara kepada pemain di LaLiga untuk bermain di Malaysia serta berusaha mengatur perlawanan di antara pasukan LaLiga di Malaysia semasa pra musim.

Dengan perjanjian ini bermakna Malaysia menjadi negara yang pertama dari rantau Asia Tenggara dan juga kedua dari Asia selepas Jepun yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan La Liga.

Sebelum ini, FMLLP mementerai perjanjian dengan Ampersand Sports Sdn Bhd.

Dalam perjanjian ini, FMLLP bersetuju untuk melantik syarikat tersebut sebagai agensi eksklusif bagi hak komersil pertandingan Liga Malaysia.

Hak menjadi agensi eksklusif bagi hal-ehwal komersil liga ini akan menjanjikan Liga Malaysia menerima sekurang-kurangnya RM104 juta bagi tempoh selama lima (5) tahun bermula tahun 2018 daripada Ampersand Sports.

Liga Malaysia yang dimaksudkan adalah merangkumi Liga Super, 100Plus Liga Premier, TM Piala Malaysia dan juga Piala FA.

Nilai penajaan ini dijangka akan menjadi lebih besar daripada RM104 juta dalam jangka masa 5 tahun sebaik sahaja Ampersand Sports memulakan kerja mereka.

Majlis perjanjian ini disempurnakan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) selaku Pengerusi FMLLP dan Tan Sri Vincent Lee selaku Pengerusi Ampersand Sports di Johor Bahru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN