FMLLP: “Kami Boleh Daftarkan Seydi Tetapi Bersyarat”

FMLLP menyatakan kepada pihak KAFA yang mereka perlu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi mereka terlebih dahulu.

Hal ini kerana, jika tidak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi mereka tidak boleh mendaftarkan pemain mereka iaitu Seydi L’Imam.

Menurut Kevin Ramalingam yang merupakan CEO FMLLP, hal pendaftaran Seydi boleh sahaja dibawa ke pihak atasan FMLLP untuk dapatkan pertimbangan.

Namun, Kevin menengaskan KAFA perlu selesaikan dahulu semua perkara barulah hal ini boleh dipertimbangkan semula.

“Jika benar KAFA mahukan Seydi didaftarkan, saya boleh bawa perkara ini ke pihak atasan FMLLP.”

“Tetapi mereka perlu selesaikan hal-hal yang tertungak terlebih dahulu.”

Namun begitu, Kevin memberikan gambaran tiada jaminan mengenai keputusan dari pihak atasan tersebut.

“Akan tetapi, saya tidak boleh beri jaminan mengenai keputusan dari pihak atasan mengenai perkara ini.”

Kevin juga sempat menepis dakwaan yang mengatakan badan pengajur liga itu seolah memihak kepadap pasukan-pasukan tertentu.

Katanya, pasukan-pasukan lain seperti T-Team dan Perlis diringankan hukuman kerana mereka telah menyelesaikan semua masalah mereka.

“Pasukan T-Team dan Perlis diringkan hukuman kerana mereka telah menyelesaikan masalah mereka. Sedangkan Kelantan belum lagi selesaikan masalah mereka, ia telah terlalu lama.”

Sumber:

  1. Sinar Harian (2017): Selesaikan segala isu dulu; http://www.sinarharian.com.my/sukan/selesaikan-segala-isu-dulu-1.700227

Leave a Reply