Semalam Ultras Pahang ataupun Elephant Army telah meminta penjelasan FMLLP / MFL berhubung dengan penangguhan jadual yang dimaklumkan lewat.
EA Army menganggap FMLLP sebagai memalukan kerana menunda perlawanan di saat akhir atas alasan penganjuran Hari Malaysia di Sabah.
Ini adalah jawapan balas FMLLP:
Penyokong Pahang menerusi laman sosial Elephant Army telah mengeluarkan beberapa persoalan berkenaan pindaan perlawanan unifi Piala Malaysia 2018 malam ini di antara Sabah Football Association menentang Pahang FA.
Artikel ini dibuat bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut;
1. Urusan pemberitahuan dibuat oleh SAFA kerana arahan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bukan dari SAFA sendiri tanpa rundingan bersama MFL. Sudah menjadi kebiasaan Kerajaan Negeri boleh mengarahkan mana-mana persatuan negeri untuk membuat sebarang tindakan. MFL telah menerima pemakluman surat rasmi dari Kerajaan Negeri Sabah pada jam 12 Tengahari tadi.
2. SAFA telah membuat permohonan pemindaan tarikh pada 8 Ogos 2018 atas faktor kekurangan anggota keselamatan dan perubatan. Namun, MFL telah membalas surat kepada SAFA bertarikh 13 Ogos 2018 dengan menyatakan menggunakan anggota keselematan sedia ada termasuk sekuriti dengan perancangan lebih awal supaya perlawanan dapat diteruskan seperti biasa. Tiada maklumbalas dibuat oleh SAFA selepas menerima surat tersebut.
3. SOP setiap perlawanan, pasukan Tuan Rumah WAJIB membuat Ringkasan Laporan Koordinator Perlawanan (RLKP) sehari sebelum perlawanan. Pasukan Tuan Rumah telah memberi RLKP kepada MFL semalam berserta Mesyuarat Koordinasi Perlawanan (MCM) telah berlangsung seperti biasa pagi ini dan tiada unsur-unsur penundaan dibuat oleh pasukan Tuan Rumah.
4. PBNP tidak dimaklumkan tentang pindaan perlawanan kerana surat bertarikh 13 Ogos 2018 tidak menjawab kepada perlawanan tersebut untuk dipinda. MFL dan PBNP menganggap perlawanan tersebut berjalan seperti yang telah dirancang. PBNP hanya dimaklumkan selepas arahan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bertarikh 16 September 2018 iaitu hari ini.
5. Setiap pindaan harus dibuat sebeum 15 hari dari tarikh perlawanan oleh pasukan. Namun, dalam isu ini ianya adalah arahan dan melibatkan Kerajaan Negeri itu sendiri.
6. Tarikh 16 September 2018 digunapakai kerana hari cuti umum untuk membolehkan orang ramai hadir ke stadium. Ini termasuk pada 31 Ogos 2018 yang lalu di mana pada Hari Kemerdekaan telah berlangsung 2 perlawanan unifi Piala Malaysia 2018.
7. Berkenaan MFL tidak meluluskan pindaan tersebut adalah kerana perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir penentuan kumpulan. Jadi ianya harus dibuat pada hari dan waktu yang sama bagi mengelakkan kes percaturan perlawanan. Jika perlawanan ini dipinda, maka kesemua perlawanan termasuk perlawanan lain juga akan mengalami perubahan serta merencatkan perancangan yang telah dibuat untuk semua perlawanan.
Pada ketika permohonan dibuat, kesemua pasukan masih layak untuk ke peringkat Suku Akhir, jadi tidak adil bagi kesemua pasukan ketiga dan keempat jika perlawanan dibuat pada hari berlainan. Tetapi berbeza dengan hari ini kerana mengikut carta kedudukan, Sabah dan Pahang kedua-duanya telah layak ke pusingan Suku Akhir dan jika dipinda tidak melibatkan pasukan yang ketiga dan keempat.
Ianya juga mengambil kira perlawanan Suku Akhir Pertama akan berlangsung pada 21 & 22 September. Jika perlawanan itu dipinda, ianya akan merencatkan tempoh rehat dan persediaan bagi pasukan yang akan berentap di pusingan tersebut.
MFL hanya dapat membuat keputusan di peringkat pasukan, namun MFL terpaksa akur dengan arahan dan keputusan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Rumusannya, penundaan ini memang agak lewat dibuat. Menurut kenyataan FMLLP ianya ditunda sebaik sahaja keputusan perlawanan yang berlangsung pada 21 dan 22 September.
Dalam mana-mana kejohanan yang ada unsur saingan liga, perlawanan terakhir haruslah serentak. Namun atas beberapa pertimbangan, maka bolehlah ianya dilangsungkan secara tak serentak.
Misalnya di Sepanyol, mereka membuat jadual perlawanan terakhir sebaik sahaja tamat perlawanan ke-36 dengan data dan analisis. Ini kerana La Liga mahu memanfaatkan bayaran penyiaraan secara maksimum.
Di Sepanyol penyokong mereka sudah tahu akan potensi perubahan jadual ini kerana sudah diwar-warkan awal.
Anda boleh baca penulisan ini:
Namun kes melibatkan pasukan Sabah dan Pahang ini, ianya melibatkan perlawanan dengan format round robin. Memang jarang sekali ada penundaan perlawanan terakhir.
Sekali lagi ditegaskan, ianya masih boleh ditunda dengan alasan yang kukuh. Namun mekanisme penundaan perlawanan harulsah cekap.
Mungkin pihak MFL seharusnya memuat naik terus hebahan ini dahulu ataupun memberikan bayangan bahawa perlawanan ini mungkin akan mengalami perubahan jadual sebaik sahaja menerima permohonan ini.
Ini kerana perlawanan ini berlangsung pada hari kelepasan umum. Bukan sahaja peminat Pahang, di Sabah, ada juga penyokong yang datang dari jauh dan bermalam di Kota Kinabalu demi menyaksikan perlawanan bola sepak.