Perletakan jawatan Zinedine Zidane sebagai pengurus Real Madrid nyata mengejutkan ramai pihak terutamanya mereka yang berkaitan dengan kelab tersebut.
Salah seorangnya adalah Presiden Real Madrid – Florentino Perez.
Menurut Perez, beliau jelas teerkejut dengan hal perletakan jawatan Zidane sebagai pengurus kelab berkenaan.
Kata Perez lagi, beliau sudah mengetahui perkara ini sejak pada Rabu yang lalu. Beliau telah cuba memujuk Zidane untuk menarik balik perletakan jawatan ini tetapi ternyata ia tidak memberikan kesan.
“Saya mengetahui mengenai keputusan Zidane untuk meletakkan jawatan pada Rabu yang lalu. Saya cuba untuk menghalangnya tetapi tidak berjaya.”
Walaupun gagal untuk memujuk Zidane supaya terus kekal di Real Madrid, Perez memberi isyarat yang pintu juara Eropah itu akan terus terbuka untuk menerima kepulangan beliau di masa hadapan.
“Kami hanya mampu menerima dan menghormati keputusan yang dilakukan oleh beliau. Tetapi suka untuk saya ingatkan beliau, Real Madrid akan sentiasa menjadi rumah beliau.”
Pemergian Zidane ini bukanlah satu tanda beliau akan berpisah buat selamanya dengan Real Madrid.
Akan tetapi, ia merupakan satu perpisahan sementara dengan satu lagi pertemuan semula akan berlaku di suatu ketika di masa akan datang.
Pemergian Zidane jelas dirasai oleh pemain Real Madrid dan Cristiano Ronaldo meluahkannya di laman Instagram.
“Saya cukup berbangga untuk menjadi pemain anda. Terima kasih banyak-banyak, jurulatih!”
Untuk rekod, Zidane merupakan satu-satunya pengurus di era Presiden Perez yang tidak dipecat sebagai pengurus. Sebaliknya hanya meletakkan jawatan sahaja.