Akhbar Mundo Deportivo melaporkan yang Presiden Real Madrid, Florentino Perez sudah bertemu dengan ayah Neymar iaitu Neymar Senior (Sr).
Pertemuan itu dikatakan berkaitan dengan potensi Neymar akan ke Real Madrid untuk menggantikan Cristiano Ronaldo pada masa akan datang.
Real Madrid kini dalam proses mahu memastikan transisi itu bejalan dengan lancar. Ronaldo mungkin masih ada beberapa musim lagi untuk menyumbangkan aksi terbaik beliau di dalam padang.
Musim ini, Ronaldo mencatatkan ratio penyempurnaan peluang di bawah 2.5%, menjadikan ia antara yang paling rendah di 5 liga utama Eropah. Ronaldo akan berusia 33 tahun pada Februari hadapan.
2 – Players with the most shots in La Liga 2017/18:
Lionel Messi 69 (12 goals)
CRISTIANO RONALDO 48 (1)
Tireless. pic.twitter.com/TpK4H7rpDA— OptaJose (@OptaJose) November 5, 2017
Kontrak semasa Ronaldo akan berakhir pada 2021. Jadi perbincangan ini diharap dapat membantu untuk membawa Neymar masuk ke Real Madrid.
Kontrak semasa Neymar di PSG pula adalah 5 tahun, dan berakhir pada 2022. Usaha ini seakan-akan dapat menarik minat Neymar dan beliau mungkin tidak akan melanjutkan kontrak baru di PSG pada 2020 ataupun 2021.
Biasanya pemain yang bernilai tinggi akan ditawarkan kontrak baru seawal 2 tahun sebelum kontrak berakhir.
Jika Neymar menolak lanjutan itu, Real Madrid sudah boleh memikirkan sama ada membawa masuk Neymar ke Real Madrid menjelang tahun akhir pada kontrak beliau.
Mustahil untuk PSG membiarkan pemain ini pergi secara percuma pada 2023.
Neymar sebelum ini mengkritik pengurusan Barcelona yang dikatakan menipu ayah beliau dalam isu bonus kesetiaan. Dan memberitahu beliau tidak ada masalah untuk menyertai pasukan seteru Barcelona, Real Madrid. Dalam bola sepak apa sahaja boleh belaku, katanya.
Neymar memulakan karier yang cemerlang di Perancis bergandingan dengan Cavani dan Mbappe.