Pelbagai cara pernah dilakukan majikan untuk menamatkan perkhidmatan seorang staf. Paling tipikal dengan menggunakan surat atau mesej di telefon.
Tetapi bagaimana dengan menggunakan Twitter?
Malang
Florent Malouda telah dilantik sebagai jurulatih di sebuah kelab Switzerland, FC Zurich. Beliau menyertai kelab itu pada awal Mac lalu.
Malouda dilaporkan bersetuju dengan kontrak diberikan oleh kelab itu pada bulan sebelumnya. 42 hari kemudian, Malouda dipecat oleh FC Zurich.
really I didn't know that..??
— Florent MALOUDA (@realflorentm) April 11, 2019
Namun, cara pemecatan ini boleh dikatakan memalukan Malouda sendiri. Pemecatan ini diumum kepada awam tanpa memaklumkan dirinya sendiri terlebih dahulu.
Pemecatan ini dihebah melalui laman Twitter FC Zuric dan Malouda sendiri membalas cicipan Twitter tersebut.
Sabarlah buat Malouda
Kelab terakhir Malouda ialah kelab Luxembourg, Differdange. Malouda beraksi bersama kelab kurang ternama pada 2018 sebelum mengambil keputusan untuk bersara.
Nama Malouda mula dikenali apabila menjadi salah satu anggota skuad Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 2012.
Pada musim 2009/10, beliau telah menggondol dua medal untuk Chelsea iaitu Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.
Antara kelab selain Chelsea pernah menjadikan Malouda sebagai pemain iaitu Guingamp, Olympique Lyon (kedua-duanya Perancis) dan Trabzonspor (Turki).
Malah, Malouda pernah beraksi di Asia dengan menyertai Delhi Dynamo pada 2015.
Lebih baik
Rasanya ada cara yang formal dan standard lebih baik digunakan oleh FC Zurich. Tindakan sebegini boleh dianggap sebagai memalukan dan kurang profesional.
Sekurang-kurangnya maklumkan tuan punya badan terlebih dahulu. Baru maklumlah secara terbuka di alam maya.
Kredit foto: ESPN