Ramai peminat bola sepak Macedonia tidak menjangka kelab mereka akan mara ke peringkat kumpulan kejohanan kelab Eropah. Sama ada Liga Juara-Juara atau Liga Europa.
Tetapi, akhirnya ada satu kelab mencatat sejarah bola sepak negara itu dengan beraksi dalam saingan Europa League musim ini.
Vardar merupakan kelab yang dimaksudkan itu.
Juara Macedonia
Asalnya, juara Macedonia itu beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah 2017-18. Mereka memulakan kempen di pusingan kedua kelayakan. Malmo dari Sweden ditewaskan mereka menerusi keputusan 4-2.
Mereka mara ke pusingan ketiga kelayakan. Lawan mereka ialah Copenhagen, juara Liga Denmark. Namun perjuangan mereka tersekat dengan tewas dengan kelab itu. Perlawanan berpihak kepada juara Denmark itu melalui agregat 4-2.
Layak ke Liga Europa
Peluang kedua buat Vardar untuk beraksi ke kejohanan kelab Eropah muncul apabila diberi peluang beraksi untuk play-off Liga Europa. Lawan mereka bukan calang-calang iaitu Fenerbahce, gergasi Turki.
Aksi pertama di Macedonia, kelab Turki itu tewas kepada Vardar melalui dua gol tanpa balas. Namun, apabila aksi di Istanbul itu, mereka tewas 2-1 kepada Vardar. Juara Macedonia itu menang 4-1 melalui agregat.
Perjalanan bermula
Vardar diundi dalam Kumpulan L bersama Zenit St. Petersburg, Rosenborg dan Real Sociedad. Setakat 3 perlawanan diharungi, mereka masih belum memenangi sebarang perlawanan.
Sebaliknya, mereka tewas semua perlawanan. Aksi malam ini, mereka akan bertemu Real Sociedad di Sepanyol.
Tunjang utama mereka ialah Goran Popov, bekas pemain West Bromwich Albion dalam saingan Liga Inggeris. Perjalanan unik Vardar ini bakal memberi inspirasi kepada kelab Macedonia atau pemain Macedonia untuk bangkit dalam sejarah bola sepak negara mereka.