Pemain pertahan Kedah, Fitri Omar melaungkan keyakinan beliau yang pasukannya mampu mempertahankan gelaran Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukannya itu pada musim lalu.
Bercakap kepada MStar, Fitri yakin dengan kualiti yang dimiliki skuad tersebut dan mampu memberikan cabaran yang serius dalam saingan piala nasional tertua Asia itu.
“Untuk waktu ini, kami cuma perlu fokus dan terus berusaha keras untuk mendapatkan tempat di perlawanan akhir Piala Malaysia.”
“Tidak mustahil untuk kami mempertahankannya, cuma apa yang terjadi kami perlu redha dengan takdir Tuhan.”
Bagi Fitri, keyakinan itu hadir menerusi ramainya penyokong Kedah yang hadir untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi.
Beliau juga menolak caka-cakap negatif yang mengatakan Kedah cumalah ‘cakap besar’ mengenai sasaran mereka.
Bagi beliau, menjadi juara adalah sasaran yang mesti ditetapkan oleh mana-mana pasukan.
Kedah diundi di dalam kumpulan C bagi saingan Piala Malaysia musim ini.
Skuad Lang Merah diundi bersama wakil Pantai Timur iaitu Kelantan, Melaka United serta wakil dari Liga Perdana iaitu UiTM FC.
Sumber:
- MStar (2017): Pertahanan Kedah Luah Perasaan; http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/06/19/keyakinan-fitri-omar/