Fisioterapi Liverpool Sahkan Mohamed Salah Tidak Dapat Berpuasa Tiga Hari Menjelang Perlawanan Akhir

Bagi berada dalam keadaan terbaik pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok, Fisioterapi Liverpool, Ruben Pons mengakui bahawa Mohamed Salah terlepas bagi melaksanakan amalan berpuasa bagi tiga hari menjelang aksi penting itu.

Ruben yang bertanggungjawab terhadap Salah berkata perancangan perlu dilakukan terhadap bintang Liverpool itu bagi perlawanan bertemu Real Madrid itu nanti.

”Setakat ini apa yang saya tahu di Marbella, dia (Mohamed Salah) melaksanakan amalan berpuasa tetapi satu perancangan  telah dirangka pihak kami dan pasukan nutrisi bagi menghadapi hari-hari penting,” menurut sumber Marca.

”Pada hari Khamis, Jumaat dan hari perlawanan, dia terpaksa untuk tidak berpuasa, jadi ia tidak akan menjejaskannya.”

Mohamed Salah
LIVERPOOL, ENGLAND – MAY 13: Mohamed Salah of Liverpool poses for a photo with his Premier League Golden Boot Award after the Premier League match between Liverpool and Brighton and Hove Albion at Anfield on May 13, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Selepas perlawanan akhir itu, dia akan kembali berpuasa.”

Namun, dua lagi pemain Liverpool yang beragama Islam iaitu Emre Can dan Sadio Mane tidak dapat dipastikan sama ada perancangan yang dilakukan perlu dituruti oleh mereka berdua.

Seperti yang sering diperhatikan di media sosial, Mohamed Salah yang merupakan pemain antarabangsa Mesir merupakan salah seorang pemain yang taat kepada agama.

Perlakuan serta sifatnya yang pemurah menjadi kebanggaan penyokong setia mahu pun peminat pasukan lawan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN