Firma Guaman Failkan Aduan Di Mahkamah Sekat Perpindahan Messi Ke PSG

Nampaknya perpindahan keluar Lionel Messi dari Barcelona tidak semudah disangka. Ini kerana kini wujud usaha untuk menyekat penyerang Argentina itu menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

Laporan dari Daily Mail pada hari ini berkata sekumpulan peguam kini sedang berusaha keras menyekat perpindahan tersebut dengan menghantar aduan kepada Mahkamah Rayuan Eropah (European Court of Appeals).

Kumpulan peguam tersebut mewakili mereka yang menyokong serta setia kepada pihak kelab dan mendakwa diri mewakili Barcelona, percaya perpindahan tersebut wajar disekat berdasarkan bukti dan data kewangan yang ada.

Messi melalui satu majlis semalam berlinangan air mata mengucapkan selamat jalan kepada kelab yang beliau sertai itu sejak 21 tahun yang lalu.

Presiden kelab, Joan Laporta sebelum ini berkata masalah kewangan yang dihadapi kelab dan peraturan La Liga menyebabkan Barcelona terpaksa melepaskan pemain terbaik dunia itu. Bagaimanapun Barcelona tidak perlu berbuat demikain sekiranya aduan di mahkamah ini berjaya membuktikan apa yang mereka dakwa.

FFP dipersoalkan

Peguam yang mengetuai aduan tersebut, Juan Branco melalui satu ciapan di Twitter semalam berkata: “Mewakili mereka di Barcelona, firma guaman saya akan memfailkan aduan kepada Mahkamah Rayuan dan memohon pergantungan sementara oleh mahkamah sivil dan perundangan di Perancis untuk tidak membenarkan Paris Saint-Germain menandatangani Lionel Messi.

“Ini adalah kerana ratio [perbelanjaan] PSG dari segi peraturan kewangan (FFP) adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku di Barcelona.

“Dari tahun 2019 sehingga 2020, nisbah pembayaran gaji kepada pembayaran gaji di PSG ialah 99%. Di Barcelona ianya hanya 54%. Perbezaan tersebut telah meningkat sejak dari itu.

“Sukar untuk melihat penguatkuasaan FFP hanya bertujuan membenarkan urusniaga di dalam bola sepak menjadi semakin buruk, dikuasai sepenuhnya oleh kuasa tertentu, dan membenarkan penyelewengan/ketidakadilan dalam pertandingan.”

Realiti kewangan PSG

Menurut laporan oleh Marca, PSG tidak boleh mengelak dari melanggar FFP sekiranya menandatangani Messi dari Barcelona. Gergasi Catalan itu sebelum ini dilarang mengikat Messi walaupun bersetuju menerima pemotongan 50% gaji kerana nisbah perbelanjaan untuk gaji telah mencapai 110%, yang melanggar ketetapan La Liga.

Turut dilaporkan aktiviti perpindahan pemain oleh PSG pada musim panas ini melibatkan nama-nama besar seperti Gianluigi Donnarumma, Sergio Ramos, Achraf Hakimi dan Georginio Wijnaldum.

Sebelum ini PSG pernah berkata akan melepaskan beberapa pemain untuk menyeimbangkan kewangan mereka sesuai dengan permintaan FFP. Namun sehingga kini, tiada aktiviti keluar dari Parcs des Princess selain daripada pemain yang masuk.

Selain itu PSG sudah mempunyai gaji Neymar dan Kylian Mbappe yang sudah cukup besar untuk ditanggung.

Soalnya kini adakah UEFA akan berdiam diri dengan tindakan PSG?

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN