Quantcast

BERITA

Fiorentina Tewaskan Juventus, Perebutan Kejuaraan Serie A Kembali Terbuka

Fiorentina tewaskan Juventus dalam perlawanan yang menyaksikan 3 gol dihasilkan.

Kemenangan Fiorentina ini bukan sahaja memberikan 3 mata buat pasukan tuan rumah ke atas musuh ketat mereka. Namun ia membuka semula perebutan Serie A kembali terbuka.

Berhak menang

Fiorentina berhak untuk memenangi perlawanan ini jika dilihat pada prestasi mereka di 45 minit pertama perlawanan.

Hal ini kerana pasukan tuan rumah mengawal permainan dengan cukup baik dengan menunjukkan persembahan yang cukup berkualiti tinggi serta mencipta banyak peluang.

Nikola Kalinic meletakkan Fiorentina di hadapan pada minit ke-37 memberikan kesukaran buat Juventus yang menjadi pasukan kedua terbaik dalam perlawanan tersebut dalam segala aspek.

Tugas Juventus semakin sukar di separuh masa kedua. Hal ini kerana Fiorentina menjaringkan gol kedua perlawanan menerusi penyudah dari Milan Badelj pada minit ke-54.

Namun begitu, Gonzalo Higuain mengurangkan defisit perlawanan apabila memberikan respon dengan menjaringkan gol pada minit ke-58.

Juventus kemudiannya terus menyerang dan menyerang ke pintu gol Fiorentina pada baki permainan. Namun Fiorentina tetap bertahan dengan baik untuk memastikan 3 mata milik mereka.

Respon pencabar kejuaraan

Kekalahan Juventus ini mendapat respon yang cukup baik dari kesemua pencabar kejuaraan Serie A.

Hal ini kerana, kesemua AS Roma, Napoli, Lazio dan Internazionale berjaya memenangi perlawanan masing-masing untuk mendekatkan diri mereka dengan Juventus.

Roma merupakan pasukan paling hampir dengan Juventus, apabila kemenangan 1-0 mereka berjaya mendekatkan mereka dengan Juventus kepada 1 mata sahaja.

Gol dari Radja Naiggolan sudah cukup untuk menewaskan Udinese di tempat lawan. Sementara itu, Napoli memperoleh kemenangan selesa di tempat sendiri selepas memperoleh kemenangan 3-1 hasil jaringan Lorenzo Tonelli, Marek Hamsik dan Dries Mertens.

Sementara Lazio pula bangkit dari gol awal Atalanta pada minit ke-12 untuk berjaya memenangi semula perlawanan dengan jaringan 2-1. Gol dari Sergej Milinković-Savić dan Ciro Immobile menyelamatkan maruah Lazio dari dimalukan di laman sendiri.

Internazionale kita setara dengan AC Milan dari segi pungutan mata apabila mereka berjaya memperoleh kemenangan 3-1 di San Siro. Mauro Icardi, Ivan Perisic dan Eder kesemuanya berjaya menemui jaring dengan sentuhan mereka.

Satu lagi pencabar kejuaraan Serie A iaitu AC Milan akan turun beraksi menentang Torino di tempat lawan. Perlawanan dilangsungkan pada jam 2.45 pagi waktu Malaysia.

Baca juga: Ini Alasan Pep Guardiola Di Sebalik Prestasi Buruk Manchester City