Isu Perpindahan Salah, CAS Tolak Tuntutan €32 Juta Fiorentina Ke Atas Chelsea

Mahkamah Timbang Tara Sukan telah mengeluarkan keputusan penghakiman ke atas tuntutan €32 juta oleh Fiorentina ke atas Chelsea berkaitan isu Mohamed Salah.

Fiorentina menuduh Chelsea gagal menepati perjanjian untuk menjual pemain tersebut ke kelab mereka selepas tamat tempoh pinjaman pada 2015.

Mohamed Salah telah dipinjamkan ke Fiorentina oleh Chelsea pada Februari 2015. Fiorentina menyatakan perjanjian pinjaman itu sepatutnya dilanjutkan untuk setahun lagi selepas musim 2014/15 tamat.

Namun Mohamed Salah tidak pernah kembali ke Fiorentina seperti yang dijanjikan. Sebaliknya Chelsea telah menjual Mohamed Salah ke AS Roma.

Aksi cemerlang Salah di Roma membuatkan pemain antarabangsa Mesir ini direkrut oleh Liverpool.

Fiorentina telah memanjangkan kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan ataupun bahasa universalnya Court of Arbitration for Sport (CAS).

Mereka menuduh Chelsea pecah amanah di dalam perjanjian tersebut. Fiorentina memberitahu CAS bahawa Mohamed Salah gagal melapor diri ke Fiorentina pada pra musim 2015/16.

Oleh sebab itu, Fiorentina menuduh kegagalan Salah berbuat demikian telah membuatkan kelab mereka menanggung risiko kerugian (damage). Chelsea diminta bertanggungjawab di atas perkara tersebut.

Namun begitu, pihak CAS mendapati hujah pihak Fiorentina agak lemah untuk meminta Chelsea membayar ganti rugi €32 juta.

Ini kerana Mohamed Salah adalah pemain Chelsea, dan kelab tersebut ada hak yang lebih mutlak ke atas Mohamed Salah. Ini termasuk menamatkan tempoh pinjaman secara mengejut sekiranya mereka mahu berbuat demikian.

Dalam kes penjualan ke AS Roma, Chelsea juga berhak untuk menjual mana-mana pemain mereka yang masih dalam kontrak ke mana-mana kelab yang menawarkan harga yang lebih baik, walaupun ada perjanjian pinjaman dengan opsyen untuk perpindahan tetap dengan kelab lain.

Jadi kes ini dikira sudah tutup oleh CAS dan FIFA. Chelsea tidak perlu membayar apa-apa kepada Fiorentina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN