Finalissima 2025: Peluang Lamine Yamal Tamatkan Dominasi Lionel Messi

Saingan Finalissima 2025 akhirnya sudah pun diketahui pasukan mana bakal mengisi dua slot tersebut dengan Sepanyol dan Argentina bakal membuat perhitungan akhir untuk menentukan siapa bakal menjuarainya.

Terdahulu, Sepanyol sudah pun mengesahkan kejuaraan mereka di pentas Euro 2024 dengan menjadikan England sebagai mangsa menerusi keputusan penuh 2-1.

Hadir dengan reputasi cukup tinggi sejak perlawanan sulung saingan itu, Sepanyol menampilkan barisan pemain cukup berkualiti hampir di segenap posisi.

Pemain paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada Lamine Yamal yang secara tiba-tiba tampil begitu menyerlah untuk menjadi salah satu tunjang utama kepada kekuatan Sepanyol di pentas tersebut.

Beralih ke Argentina pula, status juara Piala Dunia 2022 nampaknya menjadi bukti mengapa mereka berjaya meraih gelaran juara bagi kejohanan Copa America 2024.

Pemain senior seperti Lionel Messi dijangka sekali lagi bakal menjadi sandaran utama Argentina dan pertemuan pemain tersebut bersama Yamal pastinya akan menjadi sesuatu cukup dinantikan.

Apa tidaknya, tular di media sosial sebelum ini apabila foto lama membabitkan Yamal bersama Messi menjadi bualan ramai ketika kedua individu itu bertemu pada tahun 2007.

Pada ketika itu, Yamal yang masih bayi sedang dimandikan oleh Messi untuk sebuah sesi penggambaran dan ia menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Malah Yamal sendiri sebelum itu berharap supaya beliau dapat bertemu dengan Messi di atas padang dengan masing-masing melakar kemenangan dalam kejohanan dipertandingkan sebelum menyertai Finalissima 2025.

“Saya berharap Messi mampu memenangi Copa America dan saya memenangi kejuaraan Euro supaya saya dapat bertemu dengannya di pentas Finalissima 2025 nanti,” ulas pemain Barcelona tersebut sebelum itu menerusi perkongsian Fox Sports.

Laporan sebelum ini juga menyatakan ia bakal menjadi pentas terakhir buat Messi di kem kebangsaan Argentina sebelum dirinya bersara untuk Yamal abadikan kenangan manis dalam karier bola sepak antarabangsa.

Untuk rekod, kejohanan Finalissima atau lebih dikenali dengan panggilan ‘grand finale’ sebelum ini berpihak kepada Argentina bagi musim 2022 dengan Messi menjadi antara tunjang utama mengetepikan cabaran Itali.

Dalam aksi yang berlangsung di gelanggang berkecuali iaitu Stadium Wembley, Argentina mudah mengatasi cabaran Itali menerusi keputusan 3-0 bersama kualiti permainan sangat menyakinkan.

Melihat kepada aksi semasa kedua individu ini, jelas Yamal memiliki potensi cukup besar untuk membuktikan dirinya pada masa kini mampu mempengaruhi dunia bola sepak moden dalam kalangan peminat serta menggantikan aura Messi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN