Finalis Piala Dunia 2018 Diikat Pasukan Ranking 109 Dunia, Azerbaijan

Jika Malaysia memerlukan inspirasi untuk melakukan kejutan terhadap Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, maka skuad Harimau Malaya perlu melihat bagaimana Azerbaijan mampu mengikat finalis Piala Dunia 2018, Croatia.

Azerbaijan mencatatkan keputusan bersejarah, apabila berjaya mengutip mata menentang Croatia di perlawanan kelayakan Euro 2020 yang berlangsung di Baku pada awal pagi tadi.

Naib juara dunia itu memperolehi pendahulan awal melalui sepakan penalti Luka Modric pada minit ke-11 perlawanan, namun Azerbaijan berjaya mempertahankan kedudukan sebelum menjaringkan gol penyamaan melalui Tamkin Khalilzada pada minit ke-72.

Ia adalah mata pertama Azerbaijan di Kumpulan E pada kempen kelayakan kali ini.

Dua pasukan akan layak ke pusingan akhir pada tahun hadapan, dan Croatia masih lagi mendahului kedudukan Kumpulan E walaupun dengan keputusan seri ini.

Namun Wales dan Slovakia – masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat kumpulan – mengikuti rapat dengan perbezaan empat mata, dengan kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.

Hungary adalah pesaing utama Croatia dalam kumpulan tersebut, apabila dipisahkan hanya dengan satu mata di tangga kedua dan turut mempunyai kelebihan satu perlawanan.

“Ia bukan perlawanan yang baik untuk kami, terutama pada babak kedua kerana gagal menyempurnakan peluang yang ada,” ujar Zlatko Dalic.

“Kami gagal menjaringkan gol kedua, dan kini kami harus [menerima] merancang sesuatu.

Azerbaijan yang menduduki tangga ke-109 dunia kekal berada di dasar kumpulan, tetapi boleh berasa bangga kerana mampu mengikat pasukan yang berada di kedudukan ke-7 dunia.

Skuad kendalian Dalic turut menurunkan pemain-pemain bintang seperti Modric, Ivan Perisic dan pertahanan Liverpool, Dejan Lovren.

Namun walaupun tampil dengan 21 percubaan ke arah gol, tujuh daripadanya menemui sasaran, Croatia hanya mampu menghasilkan satu gol sepanjang 90 minit perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN