Previu Final Kedua Liga Bola Sepak Rakyat (LBR 2017): Serian Belum Selesa!

Perlawanan kedua pusingan akhir Liga Bola Sepak Rakyat ataupun LBR 2017 akan diadakan pada 21 Mei (Ahad) ini.

Stadium Petra Jaya, Kuching akan menjadi hos adakah Gua Musang atau tuan rumah menjulang trofi ini.

Pada perlawanan tempoh hari di Kota Bharu, Gua Musang ketinggalan agregat dengan 1 gol. Ini disebabkan Serian mendahului gol melalui pemainnya Mahadi Razak.

Penjaga gol Gua Musang,Mohamad Alif Haikal tewas menjaga gawangnya.

Guru bertemu guru

Ya, ketua jurulatih bagi setiap pasukan merupakan seorang guru. Ruhaled Abd Hamid, merupakan guru besar di Gua Musang. Beliau menjadi jurulatih untuk pasukan daerah kediamannya.

Begitu juga dengan Rozaini Romainor, seorang guru di Serian, Sarawak. Beliau mengajar di SMK Tarat.

Ruhaled yang lebih dikenali Cikgu Led memberitahu bahawa beliau mendapat sokongan penuh dari  warga tempat didikannya. Walaupun anak buahnya beraksi kurang memberangsangkan semasa perlawanan pertama di Kota Bharu.

Begitu juga Cikgu Rozaini yang optimis untuk menjadikan Serian juara kedua LBR. Sekaligus menjulang nama Sarawak sebagai negeri yang mempunyai wakil terbanyak meggondol kejuaraan LBR.

Beliau menganggap kelebihan 1 gol dari Kota Bharu belum boleh dianggap bekalan selesa buat Serian.

Tumpuan

Tingginya 1.81m, menjadikan aksinya mencuri tumpuan dalam final kali ini. Pemain yang dimaksudkan ialah, Abbel Akwensivie dari Serian.

Pemain ini merupakan anak seorang jurutera berasal dari Ghana, manakala ibunya berketurunan Bidayuh dari Sarawak.

Pelajar berumur 17 tahun Sekolah Sukan Negeri Sarawak ini diletakkan sebagai bek tengah. Beliau dapat mengawal barisan pertahanan pasukannya dengan baik.

Sebagai balasannya, Serian kebal tanpa bolos dalam perlawanan akhir pertama tempoh hari.

Saya nak tonton final, bagaimana?

Ingin merasai aura final? Kepada penyokong Serian, datanglah ke Stadium Petra Jaya pada 21 Mei (Ahad) ini. Sepak mula akan bermula pada jam 8.45 malam.

Bagi yang tiada kesempatan, luncurlah ke laman sesawang www.lbrtv.my untuk menonton perlawanan siaran langsung pada waktu yang sama.

Pengulas dan pengulas jemputan untuk perlawanan adalah daripada semuanyaBOLA. Kami janjikan ulasan yang berkualiti untuk anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN