Kedah juara Piala FA 2017 setelah menumpaskan Pahang dengan kemenangan tipis 3-2 di Stadium Shah Alam. Berikut adalah analisis taktikal perlawanan.
Permulaan
Pahang membuat kejutan di dalam kesebelasan utama dengan memasukkan pemain baru mereka terus ke dalam kesebelasan utama iaitu Romero.
Dollah Salleh menggunakan formasi 4-1-4-1, formasi yang membuatkan mereka kurang efektif ketika bermain menentang Negeri Sembilan. Kiko Insa bermain di posisi tengah pertahanan.
Kedah kekal dengan sistem 4-2-3-1 dan tidak ada apa yang perlu ditukar oleh Nidzham Adzha dalam sistem mereka. Syawal Nordin memulakan perlawanan menggantikan Zac Anderson yang diberitakan kurang cergas.
Kedah menyerang dari kiri
Dalam previu perlawanan akhir kami sebelum ini, kami menggariskan pemain tumpuan Syazwan Zainon mungkin akan menjadi titik fokal kepada taktikal Kedah di bahagian atas.
Ternyata jangkaan kami tepat. Di bawah ini adalah gambaran tentang jaringan (network) hantaran pasukan Kedah berdasarkan posisi dominan pemain mereka pada separuh masa pertama.
Kedah agak lemah connection di bahagian kanan meskipun mereka ada Baddrol dan Rizal Ghazali.
Ini adalah anatomi bagaimana gol pertama Kedah terhasil. Ia bermula dengan hantaran dari belakang terus ke kaki Syazwan Zainon.
Seterusnya pada fasa ini, Kiko Insa terlepas Sandro yang berada di zon 14 dengan terlalu selesa. Lihat ruang besar ini. Prinsip 4-2-3-1 Kedah memang untuk mendominasi zon 14.
Ruang tadi dicipta dan bola dihantar segera ke situ. Syazwan menggerakkan bola ke byline dan melakukan hantaran silang (cutback). Ilso menyudahkannya.
Ia satu proses yang dilakukan dengan kadar yang cukup segera dan Pahang terlalu mudah untuk dipecahkan dengan hantaran cepat (quick passes) di antara pemain.
4-1-4-1 Pahang tidak stabil
Isu yang jelas untuk Pahang adalah tiada stabiliti dalam sistem 4-1-4-1. Sistem mereka terlalu mendedahkan Insa dengan lebih banyak ruang dan memaksa pemain ini bekerja seorang diri.
Tengah berempat pasukan Pahang tidak dinamik untuk turun naik dalam unit. Wan Zaharulnizam dan Sumareh tidak turun ketika bertahan.
Apabila Insa dipaksa lebih banyak bekerja dan lebih banyak aksi bertahan. Pemain ini ada potensi panas baran yang tinggi.
Romero dan Syamim juga tidak komited untuk lebih kerap turun naik. Ini adalah struktur pasukan Pahang pada gol kedua.
Ruang yang terlalu besar di tengah sekali lagi dimanipulasi oleh Kedah. Syazwan Zainon menggerakkan bola dari tepi padang dan dengan mudah masuk ke dalam.
Pada fasa menyerang, sistem 4-1-4-1 Pahang sangat lemah dan berlaku isu disconnection, disjointed di banyak sektor. Romero bergelut untuk menyesuaikan diri.
Manakala Wan Zaharulnizam sangat tidak efektif pada separuh masa pertama. Alves hilang sumber gol dalam sistem yang memerlukan beliau menjadi target man. Beliau sebelum ini lebih sukakan sistem yang floating.
Ini adalah laporan passmap pasukan Pahang pada separuh masa pertama. Yang sangat lemah di semua sektor. Ramai pemain tidak efektif.
Perubahan struktur Pahang kepada 4-4-1
Pada separuh masa kedua, Pahang akhirnya kembali dengan sistem 2 banks of four seperti mana yang mereka kerap lakukan dalam formasi 4-4-1-1.
Sistem ini jauh lebih baik daripada sistem 4-1-4-1 dengan 11 pemain. Kenapa?
Pemain lebih faham dengan peranan mereka dan lebih tanggungjawab untuk mengejar bola. Ia adalah kombinasi keafahaman taktikal dan juga komitmen.
Wan Zaharulnizam dan Sumareh meningkat mendadak pada separuh masa kedua.
Ini yang membolehkan Alves lebih selesa untuk kembali dengan peranan yang lebih floating ataupun berada di antara kawasan pertahanan dan tengah pasukan Kedah.
Pahang berintensiti tinggi vs Kedah keletihan
Satu perkara yang jelas pada separuh masa kedua adalah Kedah gagal untuk membendung intensiti pasukan Pahang.
Mereka ada isu dengan fitness. Ramai pemain mereka tidak kompeten pada separuh masa kedua. Sandro, Syazwan Zainon dan Akram Mahinan antara yang jelas sekali hilang fokus dan kurang tenaga.
Fitri Omar pula outplayed dengan mudah oleh Sumareh sepanjang separuh masa kedua. Mujurlah Kedah berjaya mendapat 1 gol menerusi serangan balas pada separuh masa kedua.
Pahang meningkatkan intensiti mereka. Tempo permainan mereka lebih laju dan lebih banyak peluang dicipta menerusi hantaran lintan.
Pelan taktikal untuk menggandakan hantaran lintang nyata sangat baik. Pemain-pemain Kedah terlalu ramai yang ball-watching dan tidak cukup komited untuk duel di udara.
Namun aksi Pahang pada separuh masa kedua dihampakan oleh penyudah mereka yang lemah. Hanya 1 gol menerusi Sumareh. Kemudian ada 6 atau 7 peluang di depan gol. 3 daripadanya adalah clear cut chances.
Tapi itulah bola sepak. Hanya kerana mereka gagal menggunakan peluang sebaiknya, mereka pula yang dihukum
Penilaian
Perlawanan ini terbahagi kepada 2 fasa. Separuh masa pertama dikuasai Kedah. Manakala separuh masa kedua Pahang dengan dominasi total.
Pahang lebih baik dengan sistem 2 banks of four meskipun kurang seorang pemain. Manakala Nizham Adzha meletakkan pasukan beliau dalam risiko.
Ini kerana, beliau tidak ada perancangan yang efektif untuk menggunakan kelebihan seorang pemain (extra man).
Mungkin beliau mengarahkan anak-anak buah beliau fokus kepada bertahan. Tetapi itu juga kurang efektif. Pemain dari unit tengah mereka pada separuh masa kedua ada masalah dengan defensif.
Syazwan Zainon ‘hilang’ pada separuh masa kedua. Baddrol memang kurang efektif secara taktikal tetapi beliau hanya memerlukan 2 momen yang betul untuk melakukan 2 perkara besar. Special player!
Liridon terlalu fancy pada separuh masa kedua. Pertahanan belakang mereka juga ada isu dengan, kadangkala terlalu kasual. Mereka perlu utamakan safe play dalam keadaan pihak lawan semakin positif.
Kedah memberikan segala ruang kepada Pahang untuk bangkit pada separuh masa kedua.
Kedah juga isu kecergasan pasukan untuk bersaing 90 minit. Nidzham Adzha patut memasukkan pemain lebih awal untuk menggantikan tired leg termasuk Sandro.
2 pertukaran Kedah terlalu lewat dalam keadaan pasukan mereka bergelut dengan stamina dan kecergasan.
Pahang beraksi agak hambar separuh masa pertama. Namun segalanya dilupakan dan ditukarkan menjadi aksi yang penuh bertenaga pada separuh masa kedua.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Jika pegawai perlawanan rasmi memilih Baddrol Bakhtiar sebagai pemain terbaik. Kami pula memilih Syazwan Zainon. Kedah juara kali ini kerana aksi separuh masa pertama Syazwan Zainon.
Tahniah pasukan Kedah di atas kejuaraan ke-4 Piala FA. Untuk Pahang, aksi melawan anda pada separuh masa kedua dikagumi seluruh peminat di Malaysia.
Kali ini saya agak klise untuk menggunakan ayat, malangnya nasib tidak menyebelahi anda.