Seorang pemain cilik telah berjaya menarik tumpuan apabila tindakan beliau membuatkan tiang gol runtuh.
Dalam sebuah kejohanan bola sepak peringkat kanak-kanak yang diadakan di Bertam, Melaka. Seorang kanak-kanak telah merembat bola ke dalam pintu gol dengan kuat sehingga tiang gol itu runtuh!
Menerusi laman Facebook Amsyar Mohd Zulfadli, kejohanan berbentuk karnival itu dikenali sebagai Figos Soccer Carnival 2018.
Pasukannya merupakan salah satu pasukan yang menyertai kejohanan peringat B-8 tahun.
Ketika rakaman itu diambil, pemain cilik dari pasukan berjersi merah itu merembat bola yang muntah dari buangan pertahanan lawan yang berjersi biru.
Pemain cilik itu kemudiannya merembat kencang bola itu dengan kaki kirinya sehingga terkena bawah palang dan masuk ke dalam gol.
Tiang gol itu kemudiannya runtuh serta-merta selepas bola melintasi garisan gol!
Apa yang menariknya, pasukan Amsyar ini yang difahami dari Shah Alam, Selangor menjadi johan untuk kategori tersebut.
Satu pencapaian yang hebat, tahniah dari kami di Semuanya BOLA!
Mari kita saksikan detik runtuhnya gol dek rembatan pemain cilik itu. Semoga pemain itu akan mempunyai rembatan yang cukup kencang apabila dewasa kelak!