Susulan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa dan mengakibatkan aktiviti bola sepak turut terhenti hampir di seluruh dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah melancarkan kempen #WorldCupAtHome.
Kempen tersebut adalah bertujuan bagi memberikan peluang buat para peminat sukan nombor satu dunia itu, menonton aksi-aksi menarik dalam saingan Piala Dunia.
Kempen #WorldCupAtHome itu bakal menyiarkan 30 perlawanan menarik yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah Piala Dunia FIFA dan Piala Dunia Wanita FIFA buat pertama kali di FIFA.com, saluran You Tube FIFA dan juga termasuk laman sosial media, Weibo di China bermula hari ini.
?? v ??
? Saturday 21 March
⏰ 15:00 CET
? ? https://t.co/7e8pyQb3na#WorldCupAtHome wallpaper ? ? pic.twitter.com/3uzLpPUEtW— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) March 21, 2020
Penonton dan peminat juga diberikan peluang berinteraksi secara terus menerusi ‘Live Chat’ di You Tube serta mengundi momen kegemaran mereka di kesemua sosial media FIFA.
Terdapat juga dokumentari dan sesi temubual bersama pemain serta jurulatih terkenal dunia dalam usaha FIFA memperkukuhkan lagi isi kandungan dalam kempen tersebut.
Selain itu, anda turut boleh mendapatkan sebarang informasi mengenai perlawanan-perlawanan #WorldCupAtHome ini di Twitter FIFA World Cup dan FIFA Women’s World Cup.
Aksi pertama yang bakal disiarkan pada jam 10.00 malam ini adalah pertembungan antara Sepanyol dan Belanda dalam kancah Piala Dunia 2014 di Brazil. Bukan sahaja Sepanyol tumpas dengan jaringan besar, malah jaringan Robin van Persie akan terpahat sebagai antara gol menarik dalam sejarah.
Dengan usaha dilakukan oleh FIFA ini sedikit sebanyak dapat mengubati sedikit kerinduan kaki bola terhadap sukan ini sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala.
Kredit foto: FIFA