FIFA Senaraikan 11 Gol Tercantik Untuk Anugerah Puskas 2020

FIFA Puskas

Seperti kebiasaan, Anugerah Puskas FIFA akan diberikan kepada penjaring gol tercantik pada setiap tahun dan FIFA telah pun mengeluarkan senarai 11 calon akhir untuk anugerah tersebut.

Antara nama-nama besar yang tersenarai adalah Luis Suarez yang menjaringkan gol ‘backheel’, gol solo Heung Min-son dan jaringan akrobatik Andre-Pierre Gignac.

https://twitter.com/FIFAcom/status/1331532301935792129?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1331532301935792129%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.90min.com%2Fposts%2Fthe-2020-fifa-puskas-award-nominees-ranked

11. Shirley Cruz (Costa Rica vs Panama)

Kelayakan Olimpik CONCACAF – 28 Januari 2020

10. Sephie Ingle (Arsenal vs Chelsea)

Liga Super Inggeris Wanita – 19 Januari 2020

9. Zlatko Junuzovic (Rapid Vienna vs Red Bull Salzburg)

Bundesliga (Austria) – 24 Jun 2020

8. Jordan Flores (Shamrock Rovers vs Dundalk)

Liga Ireland – 28 Februari 2020

7. Hlompa Kekana (Mamelodi Sundowns vs Cape Town City)

Liga Premier Afrika Selatan – 20 Ogos 2019

6. Caroline Weir (Manchester City vs Manchester United)

Liga Super Inggeris Wanita – 7 September 2019

5. Leonel Quinonez (Universidad Catolica vs Macara)

Serie A (Ecuador) – 19 Ogos 2019

4. Son Heung-min (Tottenham Hotspur vs Burnley)

Liga Perdana Inggeris – 7 Disember 2019

3. Andre-Pierre Gignac (Tigres vs Pumas)

Liga MX (Mexico) – 1 Mac 2020

2. Giorgian De Arraccaeta (Ceara vs Flamengo)

Liga Brazil – 25 Ogos 2019

1. Luis Suarez (Barcelona vs Real Mallorca)

La Liga – 7 Disember 2019

Tahun lepas, anugerah tersebut dimenangi oleh pemain muda Hungary, Daniel Zsori mengatasi cabaran Lionel Messi dan Juan Fernando Quintero.

Berdasarkan 11 gol dalam senarai akhir ini, yang manakah menjadi pilihan anda?

Undian boleh dibuat di laman web FIFA atau klik sahaja pautan di sini.

Kredit Foto: FIFA TV

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN