FIFA Sedang Mempertimbang Untuk Mansuhkan Piala Konfederasi?

Piala Konfederasi

Laman berita sukan dunia dikejutkan dengan berita bahawa FIFA sedang mempertimbang untuk memansuhkan Piala Konfederasi. Selain itu, FIFA juga dikatakan untuk membuat perubahan drastik Piala Kelab Dunia.

Laporan itu hampir pasti apabila Presiden FIFA, Gianni Infantino telah dikhabarkan akan mengadakan satu mesyuarat tergempar berkaitan perkara ini.

Apa isunya?

FIFA sebenarnya telah menerima satu tawaran bernilai hampir 25 juta Dolar Amerika Syarikat. Tawaran tersebut ialah daripada sebuah konsortium yang terdiri daripada pelbagai individu di serata dunia.

Konsortium itu dipercayai dianggotai dari warga Amerika Syarikat dan dua buah negara Timur Tengah.

Jerman menjuarai Piala Konferendasi 2017, tahun lalu. Sumber: Expat Herald.

Tawaran yang dicadangkan ialah memansuhkan Piala Konfederasi. Tradisinya, FIFA akan mengadakan kejohanan ini setahun sebelum Piala Dunia.

Penganjuran Piala Konfederasi ini sering dianggap sebagai kejohanan ujian kepada negara tuan rumah sebelum Piala Dunia. FIFA juga telah menarik balik hak penganjuran Piala Konfederasi pada 2021 di Qatar.

Maksudnya, kejohanan pada 2021 akan diadakan di negara lain. Sebagai pampasan, Piala Kelab Dunia pada 2021 mungkin akan dianjurkan di Qatar.

Jika kejohanan ini dimansuhkan sebelum 2021, Jerman menjadi juara edisi terakhir bagi kejohanan ini. Sekiranya Piala Konfederasi berjaya dimansuhkan, FIFA bakal mewujudkan satu kejohanan baharu yang mirip ‘Nations League.’

Nations League versi FIFA?

UEFA dan CONCACAF sudah mendedahkan bagaimana format kejohanan tersebut pada komuniti bola sepak dunia.

FIFA meramalkan mereka menerima anggaran hasil kira-kira 18 bilion Dolar Amerika Syarikat sekiranya melaksanakan kejohanan ini. Masih tidak dipastikan bagaimanakah format sebenar FIFA Nations League.

Namun, kami sebelum ini pernah meramalkan salah satu format yang berkemungkinan digunakan.

FIFA Bakal Perkenal Nations League Versi Mereka Sendiri?

Nasib Piala Kelab Dunia?

Badan induk bola sepak dunia itu dalam perancangan membuat perubahan format Piala Kelab Dunia. Format ini dipercayai akan bermula pada 2021.

Kejohanan ini akan diadakan 4 tahun sekali pada Jun atau Julai. 24 pasukan bakal berentap merebut trofi berprestij bagi kelab bola sepak dunia.

Real Madrid, juara edisi 2017. Sumber: FIFA.

24 pasukan itu akan diagihkan kepada 8 kumpulan dengan menyaksikan 3 pasukan setiap satu kumpulan. Untuk slot Eropah, mereka akan diberikan 12 slot.

Juara UEFA Champions League 4 musim terdahulu akan layak. Begitu juga dengan juara UEFA Europa League 4 musim terdahulu.

Sekiranya ada kelab memenangi trofi tersebut lebih daripada sekali, UEFA akan menyusun siapa yang layak berdasarkan merit bersama baki 4 slot yang ada.

4 juara Copa Libertadores musim lalu anjuran CONMEBOL juga turut layak. Asia bakal meraih dua slot. Bilangan yang sama juga akan diberikan kepada Afrika dan CONCACAF. Baki 2 slot dijangka akan diumumkan, tetapi salah satu berkemungkinan milik Oceania.

Real Madrid, juara edisi 2017. Sumber: FIFA.

Tetapi, format ini masih dalam bentuk draf sahaja lagi. Ia juga akan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar.

Dikatakan Persatuan Kelab Bola Sepak Eropah (ECA) dan UEFA telah menyuarakan bantahan mengenai cadangan seperti ini.

Penutup

Lumrah bagi organisasi besar seperti FIFA akan menerima kritikan. Namun, mereka bakal menghadapi dilema untuk mengekalkan status quo atau membuat perubahan

Wang dikatakan punca perubahan perlu dibuat. Hendaklah diketahui, FIFA hanya meraih pulangan sangat sedikit untuk kedua-dua kejohanan ini.

Akhir kata, bola sepak perlu evolusi. Namun tidak semua perlu dievolusikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN