FIFA Sahkan Separuh Daripada Populasi Manusia Di Bumi Menonton Piala Dunia 2018

FIFA hari ini menerbitkan keputusan audit menyeluruh data akhir jumlah penonton yang menyaksikan Piala Dunia 2018 di seluruh dunia daripada 14 Jun sehingga 15 Julai tahun ini.

Ringkasan Penyiaran Global dan Penonton Piala Dunia 2018

Secara keseluruhannya terdapat 3.572 bilion tontonan telah dicatatkan – ianya lebih daripada separuh daripada penduduk global di bumi ini. Mereka terdiri daripada penonton yang berusa 4 tahhun dan ke atas.

Penonton Piala Dunia di televisyen – di seluruh dunia – meluangkan masa sekurang-kurangnya 1 minit siaran adalah berjumlah 3.262 bilion. Manakala anggaran lebih kurang 309.7 penonton menyaksikan siaran langsung menerusi platform digital, di kawasan tontonan umum ataupun di bar dan restoran. Ianya peningkatan sebanyak 9.5%.

KUALA KANGSAR 15/06/18: Crowd was seen watching the first game of the 2018 Russia World Cup here at Arena Square, Kuala Kangsar. June 14th marks the starts of the most anticipated game in the world where it kick off with Russia versus Saudi Arabia. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

Perlawanan akhir di antara Perancis dan Croatia pada 15 Julai menarik perhatian penonton global secara keseluruhan sebanyak 1.12 bilion – terdiri daripada 884.37 juta penonton yang menonton liputan TV linear – 231.82 juta lagi tontonan di luar rumah ataupun siaran digital.

Lebih daripada 64 perlawanan, penonton siaran langsung secara puratanya; terdapat 191 juta menonton setiap perlawanan yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia.

Laporan ini juga turut mendedahkan bahawa, secara purata, penonton yang menonton tv di rumah – menonton siaran Piala Dunia lebih lama daripada edisi Piala Dunia sebelum ini. Jumlah penonton yang menyaksikan sekurang-kurangnya 3 minit siaran pada 2018 adaah 3.04 billion – kenaikan 10.9% daripada Piala Dunia Brazil 2014.

Sementara itu jumlah penonton yang menonton sekurang-kurangnya 30 minit siaran Piala Dunia pula berjumlah 2.49 juta – kenaikan mendadak daripada 1.09 penonton pada 2014.

‘Engagement’ lebih kuat

Di seluruh dunia, para penyiar rasmi telah berusaha mencapai bilangan lebih ramai pengguna unik (unique users). Maka langkah memperkenalkan tontonan alternatif seperti platform digital telah berjaya meningkatkan lagi jumlah pengguna ini.

Misalnya Astro di Malaysia menerusi Astro On The Go untuk memastikan peminat yang di luar rumah boleh terus mengikuti siaran langsung Piala Dunia. Ianya telah memastikan para penyiar dapat diikuti pada masa yang lebih banyak daripada sebelum ini.

Jika sebelum ini, para penonton ramai yang terpaksa melupakan siaran langsung setelah berada di luar rumah. FIFA pastinya berterima kasih dengan ledakan pesat dalam industri gadget elektronik, ataupun ‘on the go’ dan juga internet.

FIFA bangga pencapaian luar biasa

Ketua Bahagian Komersial FIFA, Philipe Le Floc’h berkata: “Angka ini benar-benar menunjukkan bahawa Piala Dunia Rusia adalah Piala Dunia terbaik dalam sejarah. Kami berbesar hati kerana berjaya menaikkan jumlah purata tontonan dan para audien terus mengikuti siaran langsung perlawanan.”

“Ini juga menunjukkan kami berjaya memberikan peminat – apa yang mereka mahukan. Secara faktanya, separuh daripada populasi manusia di bumi menonton Piala Dunia.”

“Ianya bukan sahaja refleksi kepada kualiti tertinggi kepada penyiaran kami – yang telah memenangi anugerah – malah menunjukkan bahawa penyokong kami terus menikmti siaran langsung perlawanan bola sepak berkelas dunia di mana sahaja.”

Semua data ini adalah dikumpul dan dinalaisis oleh Publicis Media Sport & Entertainment (PMSE). PMSE mengumpul data tontonan ini berdasarkan angka daripada para penyiar rasmi. Manakala untuk angka tontonan digital di luar rumah pula dikumpul oleh Nielsen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN