FIFA Beri Amaran Kepada RFEF, Sepanyol Gusar Larangan Ke Piala Dunia

FIFA akan menghantar sebuah delegasi ke Madrid untuk mengikuti perkembangan di dalam Real Federación Española de Fútbol (RFEF), selepas timbul kerisauan akan campur tangan kerajaan dalam pembentukan tampuk pengurusan baru badan bola sepak Sepanyol itu.

Dalam satu kenyataan bertulis, FIFA dipetik sebagai berkata telah menghantar sepucuk surat amaran kepada badan bola sepak Sepanyol itu untuk menyatakan kerisauan FIFA terhadap situasi di RFEF.

FIFA turut menegaskan semua ahli berdaftar harus akur dengan peraturan badan dunia itu yang melarang campur tangan pihak ketiga dalam urusan mana-mana persatuan bola sepak.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Sebuah akhbar di Sepanyol. El Pais melaporkan pada Jumaat lalu bahawa surat daripada FIFA itu turut memberi amaran pergantungan disebabkan desakan oleh kerajaan Sepanyol yang mahukan pemilihan baru dilakukan di dalam RFEF.

Desakan untuk RFEF melakukan pemilihan semula adalah selepas presiden Angel Maria Villar ditahan pihak berkuasa selepas disyaki terlibat dengan amalan rasuah pada Julai lalu.

El Pais turut melaporkan bahawa kerisauan utama FIFA ialah apabila pihak kerajaan mempunyai kepentingan di dalam pemilihan baru di RFEF, yang juga bermaksud campur tangan pihak ketiga di dalam perundangan FIFA.

Jika badan bola sepak Sepanyol itu digantung oleh FIFA, ini bermakna skuad kebangsaan La Roja turut tidak dibenarkan menyertai kejohanan Piala Dunia 2018 yang dijadualkan berlangsung di Rusia.

(Photo credit should read EMMANUEL DUNAND/AFP/Getty Images)

Walaupun FIFA tidak menyatakan secara langsung akan larangan penyertaan di Piala Dunia, surat amaran tersebut cukup untuk Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy (gambar atas) untuk mengeluarkan kenyataan.

“Saya sangat yakin Sepanyol akan ke Piala Dunia di Rusia pada tahun hadapan, dan kita akan tampil untuk menjuarai kejohanan tersebut,” ujar Rajoy dalam satu sidang media dari Brussels.

FIFA turut mengesahkan delegasi yang akan dihantar ke Madrid juga terdiri daripada pegawai daripada UEFA untuk menganalisis situasi di RFEF.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang berasingan oleh RFEF, Juan Luis Larrea yang memegang jawatan presiden secara interim telah mengesahkan pihak mereka sudah berbincang dengan wakil dari FIFA serta UEFA ketika proses undian Piala Dunia dilakukan pada awal Disember sebelum ini.

(Photo by Jose Breton/NurPhoto via Getty Images)

Hasil perbincangan tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan, Kebudayaan dan Sukan Sepanyol, namun pihak RFEF masih mencari tarikh yang sesuai untuk melakukan perjumpaan dengan pihak kerajaan.

Pihak berkuasa di Sepanyol sebelum ini menahan Villar, anak lelakinya, dan 2 lagi individu yang dipercayai pegawai di RFRF pada Julai lalu kerana disyaki mengamalkan salah guna kuasa dan dana, rasuah, serta pemalsuan dokumen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN