FIFA Pamer Video Penghargaan Bintang Dunia Buat Pejuang Barisan Hadapan

FIFA #WeWillWin

“Anda adalah wira kemanusiaan dan kami mahu tunjukkan bahawa semua peminat sukan bola sepak menyokong anda dan segala usaha yang anda lakukan untuk pertahankan nyawa kami.”

Itulah kata-kata David Beckham yang dipilih untuk mengetuai kempen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam memberi penghargaan kepada pekerja perkhidmatan kesihatan dan semua barisan profesional yang berjuang melawan pandemik coronavirus (Covid-19) di seluruh dunia.

Inisiatif yang diambil FIFA itu turut membariskan dua pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Harry Kane dan Harry Maguire serta bintang-bintang bola sepak sekarang dan terdahulu sebagai tanda terima kasih di atas kebaranian merisikokan nyawa mereka untuk berdepan dengan wabak berkenaan.

“Sebagai pemain bola sepak, selama ini biasanya kami yang mendapat tepukan dari para penyokong, tetapi kali ini, kami berpeluang untuk menunjukkan penghargaan kami kepada mereka yang sanggup merisikokan nyawa mereka untuk melindungi kita semua.” kata Beckham.

Beberapa pemain legenda seperti Pele, Diego Maradona, Michael Owen, Zinedine Zidane, Ronaldo, Marco van Basten, Roberto Carlos, Samuel Eto’o, Michael Owen, Fabio Cannavarro, Park Ji Sung juga tampil membantu menjayakan video kempen FIFA tersebut.

Tidak ketinggalan beberapa pemain veteren seperti Sergio Ramos, Arturo Vidal, Gianluigi Buffon, Mesut Ozil, Gergio Chiellini dan juga beberapa pemain bola sepak di seluruh dunia.

Kapten skuad bola sepak wanita Amerika Syarikat, Carli Lloyd turut memberikan ucapan penghargaan kepada para doktor, jururawat dan semua pekerja kesihatan yang berjuang setiap hari.

“Mereka adalah pejuang di barisan hadapan dalam usaha melawan coronavirus, bekerja dalam satu pasukan untuk mempertahankan kita semua dan melindungi kita untuk untuk terus kekal sihat.

“Jutaan terima kasih di atas segala dedikasi dan profesionalisme dengan dibantu oleh mereka yang memberikan komitmen dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak perkhidmatan kesihatan negara masing-masing. Kita akan menang.”

#WeWillWin

Kredit Foto: FIFA TV

Baca juga artikel kami yang lain mengenai FIFA:

Leave a Reply