Pemain FIFA Malaysia, Amtuah Wakil Tunggal Asia Ke Virtuelle Bundesliga 2018

Saban hari, sukan eletronik (e-sports) semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Malah, cabang baru sukan ini juga digembar-gemburkan bakal dipertandingkan di peringkat Sukan Asia 2022 dan Sukan Olimpik 2024 kelak.

Terbaru, badan bertanggung jawab juga sedang mengenalpasti sukan elektronik sebagai sebahagian dari acara SUKMA.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bersama pasukan Orange pada tahun 2015. Orange memenangi tempat ketiga dalam kejohanan The International (Dota 2) pada tahun tersebut. – Foto Facebook / Khairy Jamaluddin

Masakan tidak, Malaysia sering melahirkan ramai jagoan sukan elektronik seperti permainan FIFA, PES, DOTA 2 dan juga CS:GO.

AmTuah kebanggaan Malaysia

Bilangan pemain professional sukan eletronik di Malaysia juga dijangkakan semakin meningkat kerana warga Malaysia semakin menyedari potensinya selain ia turut menjanjikan hadiah yang lumayan.

Amirul memenangi pusingan kelayakan Asia Tenggara. – Foto / mygameon.com

Terbaru, juara FIFA Asia Tenggara sebanyak tiga kali berturut-turut, Nur Amirul Affandi bakal mewakili Malaysia dan seluruh Asia apabila menjadi wakil benua ini untuk bersaing di pertandingan FIFA terbesar Jerman, Tag Heuer Virtuelle Bundesliga 2018 pada 31 Mac ini.

Beliau yang dikenali sebagai “AmTuah” bakal terbang ke Dussedorf, Jerman setelah Berjaya menjadi juara kepada pusingan awal peringkat Asia pada bulan Februari yang lalu diatas tiket wild card.

Bersaing dengan pemain elit

Dalam pertandingan tersebut, Amirul bakal berentap dengan 11 pemain FIFA yang lain dari seluruh dunia yang menjuarai pusingan awal kejohanan tersebut.

Pertandingan ini juga menggunakan pasukan“FIFA Ultimate Team” sebagai sebahagian dari format pertandingan dan bakal menawarkan wang tunai sebanyak £ 50,000 (RM276,000) sebagai rebutan.

Graduan ijazah Perbankan Islam dari Universiti Tun Razak ini juga pernah mewakili Malaysia ke pertandingan sukan elektonik dunia, Wsports World Championship pada tahun 2016 yang berlangsung di Paris.

Amirul sewaktu mewakili Malaysia ke kejohanan dunia di Paris. – Foto Facebook / Amirul Affandi

“Saya mengharapkan agar semua rakan-rakan, komuniti FIFA Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia boleh memberikan sokongan dan mendoakan perjalanan dan kejayaan saya semasa di Jerman,” kata Amirul kepada SemuanyaBola.

“Saya akan melakukan yang terbaik bagi negara Malaysia,” tambah Amirul sebelum mengakhiri temuramah.

Peminat-peminat permainan FIFA di Malaysia juga boleh mengikuti perkembangan terbaru Amirul di Facebook (amtuah.my), selain mendapat peluang untuk berinteraksi sendiri dengan beliau.

Kami di SemuanyaBola mendoakan yang terbaik untuk AmTuah dan semoga beliau bakal membawa pulang kejuaraan sukan elektronik Jerman ke Malaysia.

Malaysia Boleh!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN