FIFA Haramkan Pemakaian Lilitan Lengan OneLove

FIFA secara rasminya telah mengharamkan pemakaian lilitan kapten OneLove di kejohanan Piala Dunia wanita akan datang dengan badan induk bola sepak dunia itu telah mencadangkan beberapa alternatif sebalik keputusan mereka itu.

Acara Piala Dunia ke-9 itu akan dianjurkan oleh New Zealand dan Austria pada 20 Ogos nanti dengan sepak mula perlawanan adalah pertemuan antara Norway bertemu New Zealand di Auckland.

Piala Dunia wanita ini bakal dilangsungkan enam bulan selepas berakhirnya acara Piala Dunia lelaki yang diadakan si Qatar pada awal tahun baru-baru ini.

Ketika acara Piala Dunia Qatar berlangsung, terdapat banyak kontroversi melibatkan lilitan lengan OneLove itu apa lagi memikirkan negara Timur Tengah itu melarang perhubungan sejenis.

Memandangkan pertandingan tersebut akan bermula kurang sebulan dari sekarang, FIFA kini memutuskan untuk mengharamkan terus pemakaian lilitan lengan OneLove tersebut.

Dan seandainya ada pasukan yang melanggar peraturan tersebut maka mereka berpotensi untuk berdepan hukuman dari FIFA.

Selain dari mengharamkan pemakaian lilitan lengan OneLove itu, FIFA turut memberikan lapan alternatif lilitan lengan yang lain, dengan setiap satu darinya menunjukkan sokongan terhadap perkara yang berbeza.

Rekaan lilitan lengan itu dipilih selepas perundingan antara FIFA dengan 32 negara bertanding, para pemain dan agensi-agensi berkenaan.

Antara alternatif yang boleh dipilih oleh setiap pasukan yang bertanding adalah lilitan kapten yang memberi sokongan kepada hak sama rata, menyokong orang asli, menyokong kesamarataan gender, menyokong kedamaian, hak pendidikan untuk semua, hentikan keganasan terhadap kaum wanita dan bola sepak adalah keseronokkan, keamanan, cinta, harapan dan semangat.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino, beliau menyatakan bahawa:

“Bola sepak menyatukan seluruh dunia dan acara terbesar kita, sama seperti Piala Dunia wanita FIFA, ia ada keunikkan tersendiri untuk menyatukan semua orang dan memberi hiburan, keterujaan serta semangat.”

“Tapi bola sepak juga melakukan lebih dari itu, ia boleh mencuri perhatian peminat dari segala sudut yang ada.”

“Selepas perbincangan terbuka dengan pemegang saham, termasuk ahli persatuan serta pemain, kami memutuskan untuk memberi penekanan terhadap beberapa perkara penting dalam kalangan masyarakat.”

“Ia termasuklah hak kesamaan gender, dari keamanan hingga menghentikan kelaparan, dari pendidikan hingga ke membanteras keganasan domestik dan ia akan ditonjolkan ketika berlangsungnya semua 64 perlawanan di pentas Piala Dunia Wanita FIFA.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN