FIFA eWorld Cup 2018: Kejuaraan Kedua Untuk Arab Saudi oleh Mosaad al Dossary

Sekurang-kurangnya Arab Saudi ada trofi berharga untuk kejohanan anjuran FIFA. Mosaad al Dossary dari negara tersebut telah memenangi FIFA eWorld Cup di London pada lewat malam tadi.

Mosaad menggunakan nama samaran Msdossary telah berjaya menewaskan pencabar di final iaitu Stefano ‘StefanoPinna’ Pinna melalui agregat 4 gol tanpa balas.

Perlawanan pertama menyaksikan mereka menggunakan konsol PlayStation di mana Stefano tewas dengan dua gol. Perlawanan kedua pula melibatkan penggunaan konsol Xbox.

Fleksibiliti Mosaad berjaya menewaskan Stefano pada perlawanan kedua dengan keputusan 2-0 sekaligus memenangi pertembungan ini.

Berharga

Mosaad bersama pengacara majlis selepas menerima trofi tersebut. Sumber: FIFA.

Mosaad memenangi hadiah wang tunai sebanyak 250 ribu Dolar Amerika. Selain itu, beliau turut dijemput hadir ke Best FIFA Football Awards yang akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, Mosaad individu pertama yang memenangi trofi rekaan baru. Kejayaan beliau diraikan bersama keluarganya yang turut hadir ke pertandingan ini.

Ketika ditemuramah FIFA, beliau menyatakan sasaran asalnya ialah beraksi sehingga separuh akhir. Namun begitu, apabila Mosaad berjaya mencecah ke peringkat tersebut, beliau mensasarkan untuk menjulang trofi itu.

Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa beliau masih muda dan mahu membawa pulang trofi ke negara kelahirannya. Mosaad baru berusia 18 tahun.

Pencabar

Stefano yang tewas pada perlawanan tersebut memberitahu FIFA bahawa ia perlawanan sukar apabila menggunakan konsol Xbox. Beliau mengakui sukar untuk memanfaatkan peluang yang baik apabila menggunakan konsol PlayStation.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang sudi memberikan sokongan kepadanya. Stefano turut mengucapkan tahniah kepada Mosaad yang menjuarai kejohanan ini.

Stefano memenangi wang tunai $50 ribu untuk dibawa peluang. Mosaad al Dossary menjadi individu kedua yang memenangi FIFA eWorld Cup dari Arab Saudi

Pada 2015, Abdul Aziz al Shehri dari Arab Saudi menjulang kejohanan ini yang pada ketika itu dikenali FIFA Interactive World Cup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN