Kerana aksi keras dipamerkan pemain, Vietnam menerima padah dan didenda USD6,400 atau bersamaan dengan RM27,000 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Dunia menentang Arab Saudi yang berakhir dengan kekalahan 1-0, seramai enam pemain Vietnam telah dilayangkan kad kuning.
Dalam perlawanan tersebut, Arab Saudi sekadar menang tipis hasil jaringan Saleh Al-Sheri pada minit ke-31 perlawanan.
Third Round qualifiers for 2022 FIFA World Cup – Group B – FULLTIME RESULT
Vietnam 0-1 Saudi Arabia#AFF
Picture Courtesy #VFF pic.twitter.com/bXDhPfF1jI— ASEAN Football (@AFFPresse) November 16, 2021
Menurut peraturan FIFA, mana-mana pasukan di mana pemain mereka menerima maksimum lima layangan kad kuning akan didenda. Sepanjang perlawanan yang berlangsung pada 16 November lalu, Vietnam merekodkan 17 kekasaran terhadap pemain Arab Saudi.
Arab Saudi pula menerima dua layangan kad kuning iaitu kepada Salman Al-Faraj dan Fahad Al-Muwallad.
Enam pemain Vietnam yang dilayangkan kad kuning adalah Que Ngoc Hai, Nguyen Thanh Chung, Nguyen Tuan Anh, Nguyen Cong Phuong, Nguyen Van Toan dan Phan Van Duc.
Ngoc Hai dan Tuan Anh terpaksa disisihkan untuk perlawanan menentang Australia di Melbourne pada 27 Januari ini kerana sudah menerima dua layangan kad kuning. Pemain-pemain lain yang memiliki satu kad kuning pula berisiko tidak dapat beraksi untuk perlawanan menentang China pada 1 Februari.
FT | 🇻🇳 Vietnam 0-1 Saudi Arabia 🇸🇦
⛰️ The view from the 🔝 of Group B remains unchanged as Saudi Arabia get back to winning ways!
#AsianQualifiers | #VIEvKSA pic.twitter.com/fvPTVATGjW
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) November 16, 2021
Ini adalah kali pertama skuad kendaluan Park Hang-seo didenda kerana aksi keras yang dipamerkan ketika perlawanan.
Di pertandingan Piala AFF yang berlangsung di Singapura pada bulan lalu, Vietnam merekodkan 88 kekasaran dalam semua enam perlawanan dan menerima lapan layangan kad kuning. Ia dianggap sedikit berbanding pasukan lain seperti Singapura yang merekodkan 13 kad kuning, dan Thailand yang mengumpul 17 layangan kad kuning sepanjang kejohanan.
Namun menentang lawan yang lebih kuat, Vietnam cenderung melakukan kesilapan yang menjurus kepada kekasaran. Daripada enam perlawanan kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia setakat ini, Vietnam telah memberikan empat sepakan penalti – pasukan paling kerap memberi penalti.
Walaupun cuba memberikan saingan di setiap perlawanan, Vietnam setakat ini tewas semua enam perlawanan yang mereka lalui dan berada di kedudukan tercorot Kumpulan B.