FIFA Buka Pintu Perpindahan Khas Untuk Mangsa Perang Ukraine

FIFA denda Melaka United 2021

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan satu kenyataan bagi meminda sementara Peraturan mengenai Status dan Pemindahan Pemain (Regulations on the Status and Transfer of Players, RSTP).

Perkara itu dinyatakan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan bola sepak dunia itu semalam.

Di bawah peraturan sementara tersebut mana-mana pemain atau pegawai pasukan asing yang terkesan dengan pecerobohan tentera Rusia di Ukraine dibenarkan untuk menyertai mana-mana kelab dengan kontrak jangka masa pendek sehingga musim panas ini.

Peraturan tersebut dikhaskan untuk pemain-pemain asing yang beraksi sama ada di Ukraine atau pun Rusia sahaja.

Ia bagi memastikan kebajikan mereka (pemain dan pegawai) terus terjamin tatkala keadaan di Ukraine  tidak dapat dipastikan bila akan pulih, tanpa menjejaskan hak kelab asal.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan masalah teknikal yang wujud berkaitan kontrak, semua pemain ini akan dianggap ‘bebas daripada kontrak’ sehingga 30 Jun 2022.

Syarat khusus

Bagaimana pun pendaftaran pemain dan pegawai bersama kelab baharu hanya boleh dilakukan dengan beberapa syarat seperti yang ditetapkan FIFA.

Pertama, pemain perlu didaftarkan bersama kelab baharu sebelum 7 April 2022 ini.

Kedua, setiap kelab yang berminat mendapatkan pemain daripada kelab terlibat hanya boleh mendaftarkan maksima dua pemain sahaja.

Langkah itu diambil untuk memastikan integriti pertandingan terus terjamin.

Pemain bawah umur

Pindaan terbaru ini turut melibatkan pemain-pemain di bawah umur 18 tahun.

Sebelum ini FIFA mempunyai peraturan ketat berhubung perpindahan pemain di bawah umur 18 tahun seperti yang terkandung di dalam Artikel 19, 2(d).

Disebabkan situasi semasa FIFA kini memberikan pengecualian kepada pemain-pemain ini dengan terma yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN