Mohamed Salah telah memenangi Anugerah Puskas 2018 dalam FIFA Best Award 2018.
Puskas adalah anugerah kepada gol tercantik yang dihasilkan dalam mana-mana perlawanan bola sepak profesional. Puskas menggabungkan calon lelaki dan wanita.
Gol beliau dalam Derbi Merseyside telah dipilih sebagai pemenang Puskas yang dinobatkan kepada gol tercantik.
Congratulations, 🇪🇬@MoSalah 💪
The Egyptian wins the FIFA #Puskás Award 2018 💥#TheBest #FIFAFootballAwards pic.twitter.com/4r0kQojnH5— FIFA (@FIFAcom) September 24, 2018
Salah melakukan gol lencongan dari half space sebelah kanan menewaskan Jordan Pickford.
Anugerah ini adalah undian daripada penyokong di seluruh dunia.
Salah menewaskan gol Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo yang dianggap sebagai calon utama anugerah ini.
Bale melakukan libasan gunting dalam malam final UCL menentang Liverpool.
Manakala Ronaldo juga melakukan gol libasan gunting dalam perlawanan menentang Juventus pada suku akhir UCL 2017/18. Gol ini dipilih sebagai jaringan tercantik UEFA 2017/18.
Mohamed Salah gembira menerima anugerah itu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi beliau.
“Saya sangat gembira dan berbangga. Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi saya.”
🎥 – Salah’s Puskas award winning goal in different angles. pic.twitter.com/hZk7rslBvj
— The Anfield Buzz (@TheAnfieldBuzz) September 24, 2018
Anugerah ini sebelum ini turut dimenangi oleh pemain dari EPL iaitu Olivier Giroud.
Di media sosial ramai peminat berbagi pendapat tentang gol ini. Walau apapun tahniahlah kepada Mohamed Salah di atas kemenangan ini hasil undian penyokong.