FIFA Bakal Ketatkan Syarat Maksimum 8 Pemain Sahaja Boleh Dipinjam Keluar

Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

FIFA kini dalam perbincangan untuk mengetatkan syarat peminjaman keluar pemain oleh setiap kelab.

Dilaporkan FIFA bakal mengenakan syarat maksimum hanya 8 pemain sahaja yang boleh dipinjamkan keluar oleh setiap kelab.

Ini kerana FIFA risau dengan corak pengurusan terutama sekali melibatkan pengurusan pemain muda oleh beberapa kelab di Eropah terutama sekali kelab besar.

Ada sesetengah pasukan menandatangani ramai pemain remaja berbakat, dan kemudian tidak mahu lebih bertanggungjawab untuk membentuk mereka menjadi pemain utama.

Langkah yang diambil adalah meminjamkan pemain keluar untuk mendapatkan nilai tambah pada bursa perpindahan.

Ianya lebih condong ataupun bermotifkan mahu menjual pemain muda tersebut berbanding dengan obligasi untuk membangunkan mereka.

Buat masa ini, tiada had ditetapkan oleh FIFA ke atas mana-mana kelab untuk meminjamkan pemain mereka keluar.

Di antara 5 liga utama Eropah, Serie A adalah liga yang paling kritikal meminjamkan pemain mereka keluar.

Atalanta sahaja meminjamkan 77 pemain mereka kepada kelab lain. Dahsyat bukan?

Juventus kini meminjamkan 40 pemain mereka kepada kelab lain.

Di England, Chelsea masih menjadi kelab yang paling banyak meminjamkan pemain mereka keluar dalam pelbagai peringkat.

Ada 40 pemain Chelsea dipinjamkan ke kelab lain ketika ini. Nilai terkumpul mereka buat masa ini adalah €180 juta.

Man. City dengan 27 pemain dipinjamkan keluar, diikuti, Liverpool (16) Man United (9) dan Arsenal (7).

Di La Liga, Real Madrid ada 21 pemain yang dipinjamkan kepada kelab lain termasuk James, Kovacic, Theo, Lunin, Mayoral, Achraf, De Tomás, Odegaard dan ramai lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN