Ketika ini, pelbagai khabar lebih banyak diceritakan oleh pihak Konami dan juga Pro Evolution Soccer 2018 (PES2018) berbanding pesaing mereka iaitu EA Sports dan juga FIFA 18.
Siri yang paling kerap dimainkan oleh para peminat FIFA adalah siri FIFA Ultimate Team (FUT), namun begitu mereka masih mempunyai pengikut yang ramai dalam siri Career Mode.
Pengikut Career Mode nyata mahukan pembaharuan yang seiring dengan dunia bola sepak sebenar, jadi EA Sports menambah ciri-ciri menarik terutamanya ketika pembelian pemain!
Pihak EA Sports telah menambah ciri-ciri animasi yang menarik ketika Career Mode. Ini boleh dilihat ketika anda sedang berurusan dengan kelab yang ingin membeli pemain anda.
Sebaik sahaja tawaran masuk dan anda memilih untuk berbincang mengenai tawaran itu kepada pihak kelab, maka anda akan ke satu babak atau cutscene yang dimana anda akan berbincang dengan kelab luar seperti di bawah ini.
FIFA 18 Career Mode – Transfer Deal hub video.mp4 #fifa18beta pic.twitter.com/8fXCtJCoH2
— owen 🦜 (@ffsowen) August 10, 2017
Selain itu juga, anda akan berurusan dengan pemain dan ejen mereka. Anda juga akan memasuki ke dalam babak yang dimana pemain yang mahukan kontrak baharu serta wang yang lebih banyak di dalam kontrak mereka.
FIFA 18 KARRIEREMODUS SCREENSHOTS AUS DER CLOSED BETA 🔥🔥🔥 pic.twitter.com/JXz2tGCH3s
— DennisGamingTV (@TheRealDGTV) August 10, 2017
Selain itu, akan ada persembahan kepada pengenalan pemain baharu di menu Career Mode anda.
Perihal kontrak juga kini semakin mendalam, pihak kelab boleh berbincang untuk meletakkan klausa perlepasan dan klausa atas jualan (sell-on clause) di dalam kontrak pemain.
Ia pastinya memberikan lebih keseronokan kepada mereka yang bermain FIFA 18 nanti!
Sumber:
- 90Min (2017): New FIFA 18 Career Mode Features Revealed Which Will Change the Game Forever; http://www.90min.com/posts/5401208-new-fifa-18-career-mode-features-revealed-which-will-change-the-game-forever