Sudah menjadi kebiasaan untuk meletakkan nama tokoh-tokoh tertentu sebagai nama stadium kerana sumbangan dan jasanya sama ada kepada pasukan ataupun masyarakat di kawasan tertentu.
Legenda Argentina, Diego Maradona yang telah meninggal dunia baru-baru ini juga telah diberi penghormatan apabila namanya dipilih sebagai nama baharu untuk stadium milik bekas pasukannya, Napoli dengan nama Stadio Diego Armando Maradona.
Bagitu juga dengan stadium-stadium lain seperti Johan Cryuff Arena (Ajax Armsterdam), Estadio Santiago Bernabeu (Real Madrid), Stadionul Gheorghe Hagi (Farul Constanta) dan Puskas Arena (Stadium Nasional Hungary).
Ajax's Amsterdam Arena to be named after Dutch football legend Johan Cryuff: Johan Cryuff Arena pic.twitter.com/SK2LgUdqel
— Kwame Amoh (@kwame_amoh) April 25, 2017
Di Malaysia pula, beberapa stadium di negara kita pula diletakkan nama pembesar negeri masing-masing seperti Stadium Sultan Muhammad IV (Kelantan), Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Terengganu), Stadium Tuanku Abdul Rahman (Negeri Sembilan) dan Stadium Sultan Ibrahim (Johor).
Bagaimanapun tindakan Pegawai Daerah Kuala Nerang, Haji Hakim Ariff Maad Nor yang bersetuju untuk menamakan sebuah stadium di daerah tersebut dengan namanya telah dikecam oleh netizen di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Facebook, difahamkan pihak Majlis Daerah Padang Terap (MPDT) telah menyerahkan pengurusan stadium tersebut kepada sebuah kelab bola sepak tempatan iaitu KN Kiara FC.
Namun apa yang dikesalkan adalah penjenamaan semula stadium tersebut dianggap sebagai ‘celaru’.
Ia berikutan nama yang digunakan adalah Mini Stadium FFIRA MIKAH iaitu perkataan yang diterbalikkan daripada nama ‘Hakim Ariff; dan ianya turut menimbulkan persoalan apakah kewajaran untuk melakukan sedemikian.
Ada yang berseloroh dengan mengatakan lebih baik diletakkan nama Stadium MIRA FILZAH yang dianggap lebih mudah disebut dan pastinya stadium tersebut akan menjadi terkenal di seluruh negara.
Bagi mereka yang masih waras berfikir, agak tidak wajar untuk meletakkan nama mereka masih berkhidmat secara aktif. Tidak dapat dipastikan adakah nama tersebut dipilih sebagai amalan ‘bodek’ kerana kelulusan tersebut kemungkinan dibuat oleh Pegawai Daerah berkenaan.
Masih banyak nama-nama tokoh atau legenda di negeri Kedah yang boleh dipilih untuk dihargai seperti Tok Syeikh Jarum, Mahsuri, Tunku Anom, Pangliman Nayan, Merong Mahawangsa atau tokoh-tokoh tempatan yang lain.
Bagaimanapun usaha kelab kecil itu untuk membangunkan bola sepak di peringkat komuniti haruslah dipuji termasuk menaik taraf segala fasiliti dan kemudian di stadium berkenaan menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.
Kredit Foto: KN KIARA Football Club
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan: